Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Mutiara Rini


Inilah bakal umah saya dan suami, sudah dikenalpasti rumah yg mana refer kat pelan yg pemaju bekalkan...last month, masih blm dpt tgk tumah yg mana sbb jalan masuk rumah ni masih ditutup...last week, sy tgk jalan da dibuka even belum siap sepenuhnya...

So far,semua main building ni da siap, cuma ada sikit2 lg yg belum install..Kalau ikut schedule, Julai 2012 sepatutnya rumah ni da blh didiami, tp berdasarkan ramalan pn engineer yg tak berbayar ni, progress keje pemaju ni laju compare yg diorng rancangkan...

Pembayaran dari Perbendaharaan Malaysia pun semua berjalan lancar, pembayaran da 65% from total amount of loan..alhamdulillah semuanya berjalan lancar, itula yg sy harap2kan..kalau pembayaran lewat, alamatnya nnti, sebelum dapat kunci, kena byr late payment interest..

Masa berlalu pantas, agak mengerikan bila membayangkan bila rumah ni da siap dan loan sudah mula dibayar....memang tak sabar nk masuk umah tu..tp insyallah ada rezeki kami nanti...
Angan2 sudah dipasang dengan pelbagai tema...hehehe, sekarang cuma perlu mengumpul duit untuk merealisasikan apa yang dirancang....

Monday, April 18, 2011

Syukur yang tak terhingga..

Kesyukuran yang tak terhingga ini, sy panjatkan kehadrat Illahi kerana kurniaan Nya, limpahan rahmatNya dan kerana rezeki yang telah Dia berikan kepada sy dan suami sepanjang hidup ini..

"Kadang-kadang,Allah sembunyikan matahari,Allah turunkan hujan dan kilat...
kita tertanya tanya,ke mana perginya matahari...
rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi.."


Isnin yang lepas, sy dan suami dimaklumkan bahawa permohon pinjaman perumahan kerajaan yg kami mohon dah diluluskan. Suami sgt2 happy sbb sebenarnya, byk dugaan, cabaran yang menguji kesabaran yg kami hadapi utk mendapatkan rumah ni..

Firstly, rumah yg kami nk ni, sebenarnya da sold out, semua da di booking org, so..dengan hampanya kami masuk booking list, berserah je la pada Allah, kalau ada rezeki kami beli rumah ni, insyallah dapat...tu kata en suami. Masa tu, naik turun pejabat SUK Johor dan berulang alik ke Pej Pemaju Perumahan btl2 menguji kesabaran kami..Tp, kami tempuhi jugak la.

Selepas sebulan, pihak Mutiara Rini called, inform yg kami dapat rumah tu sbb ada 2 unit lg yg masih available, maybe ditolak pembeli yg da booked tu...Syukur Ya Allah, kerana segalanya mmg ketentuan Nya...kalau Dia tak mengizinkan, maka tidaklah semua ini berjalan dengan begitu mudah..

Urusan dengan pihak peguam tidaklah sesukar mana, cuma prosedur permohonan pinjaman kena difahami dgn jelas & betul..Dan lg satu, Ringgit Malaysia hendaklah disediakan untuk membayar kos2 peguam tu, lebih kurang 5k...

Sekali lg, kesabaran kami diuji bila permohonan pinjaman ditolak oleh pihak perbendaharaan kerana kami pos borang permohonan secara berasingan. untuk pinjaman bersama suami/isteri, penghantaran kena dilakukan serentak, mean..jgn guna envelope berasingan..Pihak Perbendaharaan pulang balik borang pinjaman kami tu dan menunggu borang tu patah balik amik masa seminggu jugak la...Tiap2 hari en suami menunggu kedatangan mr posman..

Bila borang yg salah tu da diterima, hari yg sama jugak la kami pos balik ke BPP sbb nk elakkan masalah2 lain yg timbul...bergegas la ke pej pos tuk buat pos laju, sampai pej pos dah pukul 4ptg, kerani pej pos tu kata diorng terima pos laju sampai pukul 4 sahaja....Aduhai...Kami pergi ke pejabat pos laju utama di larkin, sbb kat sana sampai pukul 6..

Dan akhirnya, dugaan demi dugaan da berakhir, da sekarang kami tengah tunggu panggilan dr peguam untuk sign agreement perjanjian selepas pinjaman diluluskan...Alhamdulillah...

Sy tgk en suami sgt gembira, sampai nk buat sujud syukur sbb semuanya da berakhir..sy tak dpt bayangkan kalau ada berita yg lebih gembira diterima, ntah mcm manalah kegembiraan en suami nanti...insyallah, masa tu akan sampai jugak 1 hari nanti, sy percaya...

Sy yakin yg Allah itu maha mengetahui dan maha adil dalam memberi rezeki kepada hamba2Nya..Lihatlah kami, mmg belum masanya lagi Allah memberi rezeki zuriat kepada kami, tp Allah memberi rezeki lain dan mempermudahkan segala urusan dalam perjalanan hidup kami..Tp, sy akan memohon dan terus memohon agar anugerah itu Allah kurniakan juga kepada sy dan suami...

Wednesday, March 23, 2011

Boss, tolong sign..

Borang permohonan pembelian rumah guna loan kerajaan untuk amy & fizy da siap isi..semua agreement dari lawyer pun da complete. so skrg, final nye kena mintak singature bos masing2 then hantar ke Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Pada semua kakitangan kerajaan yg da disahkan jawatan, ni lah kemudahan yang ditunggu2..Interest yang dikenakan kepada semua peminjam adalah 4%.

Banyak lagi kelebihan lain compare dgn pinjaman perumahan dari bank, contohnya bayaran gov loan ni sekata sepanjang tahun pinjaman, takder kenaikan atau bayran tambahan. Lagipun sekarang kerajaan tengah bkempen 1 kakitangan kerajaan, 1 rumah...ianya sgt membantu..

Lagi 1, gov loan ni, selagi kita tak dapat kunci rumah, selagi tu la gaji kita tak dipotong lagi, so...umah mutiara rini tu dijangkakan siap bulan 7 tahun depan. sempat naik gaji 2 kali lagi ni. Selamat...

Berbalik pd cerita signature bos ni, Ketua Pengarah amy sgt la bz orgnya, dalam seminggu sehari je dapat jumpa,so, hari ni dia ada...amy da prepare sume benda alah yg perlukan signature dia. Hopefully, arini settle..Dokumen En suami camner lak?td en suami inform yg bos dia maybe ptg ni baru ada...kita lumba ye en fizy, sape yg dapat signature bos dulu

Home Sweet Home

Orang kata hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri....sama la jugak dengan rumah, best mana pun umah org lain, tp kita tetap sukakan umah kita sendiri even umah kita tu tak seberapa mana pun..

Bercerita pasal rumah , sejak 3 tahun perkahwinan Amy & En suami..dah 4 buah rumah da kami duduk, dari rumah 1 bilik, ke 2 bilik, dr umah 2 bilik ke 3 bilik...tp, kami hanya penyewa je. Betul la kata org, sesuatu tu mesti dimulakan dengan 1 dulu..sbb tu la dulu rumah kami umah 1 bilik je, iaitu kuarters UTM..Even umah tu cuma sekangkang kera, tapi kitorng ttp sukakan rumah tu, tempat kami memulakan hidup kami berdua..

So, sekarang , da sampai masanya kami memulakan 1 fasa baru dalam hidup kitorng ni, membeli rumah sendiri...dan akhirnya selepas ronda semua taman2 baru di Jb ni, selepas masuk semua pejabat pemaju di Jb ni, amy & en suami telah sebulat suara dan sebulat muka pilih Taman Mutiara Rini utk rumah kami..Kitorang pilih area sini sbb firstly, dekat dengan tempat keje amy, dekat jugak dgn tempat keje Fizy..secondly, sbb perumahan ni majority org melayu kita, it's doesn't mean, amy ni tak menyokong kempen 1 Malaysia, tp kan lebih mudah kalau jiran2 kita sebangsa dgn kita, nk buat kenduri pun senang nanti...kalau masak lak, bau belacan je semua, takder la pening kepala bau mcm2 nanti...thirdly, sbb design rumah dia ar, modern style. Asalnye en suami da ckp nk kan rumah single storey sbb malas nk memanjat tangga, tp akhirnya dia setuju gak rumah double storey ni sbb rumah single storey semua da sold out..

Setelah dikira, di congak, di hitung, di calculate, lastly...rasanya insyallah cukup la utk kami byr installment rumah ni tiap2 bulan..semoga Allah memberkatinya....aminn...