Bahan2nya
300 g daging
1 sudu makan pes cili
1 labu bawang besar ( saiz besar ) – dipotong bulat-bulat
3 ulas bawang putih ( dipecahkan atau diricik halus )
4-6 ulas cili padi (dititik/diketuk ) – boleh tambah jika suka pedas
2 -3 sudu besar sos cili ( Boleh tambah sos jika mahu kuah lebih )
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan ( sos nampla )
1 biji buah tomato ( di potong 6 )
cili merah/ cili hijau untuk hiasan
daun ketumbar ( di hiris )
sedikit minyak untuk menumis
Cara penyediaan daging masak merah
1. Daging di bersihkan kemudian direbus hingga agak empuk ( mengikut jenis daging , lagi senang jika guna daging batang pinang ). Angkat dan sejukkan seketika.
2. Hiris daging nipis-nipis kemudian ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
4. Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja – jangan garing sangat ).
5. Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.
6. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato daun ketumbar dan cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang.
7. Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment