Wednesday, May 18, 2011

Bulan Busy teramat sgt..

Bulan Mei ni merupakan bulan bz yg teramat sgt utk diri saya...tak tau ler kenapa sume yg nk dibuat berlonggok dalam bulan ni.,haih, pusing nk nyusun schedule..Sy gak telah mbekukan cuti tahun sy pd bulan ni, pelik je bunyinye kan, mbekukan cuti sendirik plak...Anyway, pebenda yg harus disettlekan bulan ni perlu di listed supaya sy tak miss benda yg septtnya sy buat...
  1. Attend course 'Penulisan surat rasmi kerajaan, memo & minit mesyuarat' selama 2 hari...bunyi nye mcm la tak pandai tulis surat, memo ngan minit mesy kan?tp sebenarnya course ni sgt byk benefitnya,jgn ingat selama ni surat kita tu betul ye..
  2. Attend course 'Pengurusan aset alih kerajaan' selama 5 hari..
  3. Attent course 'Kumpulan inovasi & kreativiti' selama 2 hari..
  4. Attent meeting di Putrajaya 1 hari..nasib baik tak kena stay sana, lau tak...da mbazir 1 hari kat sini..
  5. Complete projek KIK, first presentation on 19hb & competition on 23hb mei..
  6. Keluarkan sebutharga ubahsuai bungalow lama kat Pekan Nenas tu jadi Makmal PPH..sorry la pada bos PPH, sbb da lama hantar proposal tu kat file tray sy, tp sy kena settlekan projek KIK dl..
  7. Projek ubahsuai dewan & opis pun start bln ni, so kena arrage all the things yg berkaitan dengannya
  8. Adik sy nk kwen bulan 7, bab2 hantaran ni, mmg kakak dia ni la yg handle...so, kena gak le buat sikit2, takkan la, bln 7 nk kawen, bulan 7 br sy nk buat, maunyer sy bungkus sume hantaran dia ngan kain net aje nanti..
Ape lagi ek?rasanya jgn le ada tambahan2 lg...sy nk rest,sometimes...keje opis pun ner sambung buat kat umah, sian en suami sy....

Bulan 6, sy decide nk holiday...nk cuti seminggu...cuti blom apply lg, tp hopefully bos sy lepaskan..takkan dia tak kesian kat sy ni ha!

Wednesday, May 11, 2011

Perkara Remeh yang menyekat Rezeki

Ingatan untuk diri saya sendiri dan kawan2;
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain yang dipakai.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka (menelangkup atas bantal/tilam).
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju yang dipakai.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas besar.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas (kibas dengan tangan/atau barang lain).
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan semasa wuduk @ selainnya (gunakan tangan kiri, masukkan jari kelingking tangan kiri dicelah-celah jari kedua-dua kaki).
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri (hendaklah sambil duduk).
31. memakai serban sambil duduk (hendaklah sambil berdiri).
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis (ditakuti terpercik najis yang membatalkan wuduk @ mandi junub tersebut).
33. makan dengan menggunakan dua jari (sunnah Rasul SAW dengan 3 jari- ibu, telunjuk & tengah).
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu datanganya dari manusia itu sendiri....

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu..







Thursday, May 5, 2011

Jgn putus asa, amy...


Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia....
jika ia ada di bumi,
keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan,
munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia..
jika ia sedikit, banyakkanlah ia..
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
di antara yang pengasih.

Amin......

p/s : Thanks a million to my dearest husband bcoz always be by my side in what ever happen..

Ujian Dementia : Betapa cekapnya anda!!


Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?
Soalan Pertama:

Anda menyertai
perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)

Jawapan: Jika ja
wapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?

Soalan Ketiga:
soalan kira-kira b
ermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10... Berapa kah jumlah semua?
Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebenar
adalah 4100.
Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.!
Mungkin ini bukan hari anda kan? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba.

Soalan Keempat:
Bapa Mary ada se
ramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tent
u Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!

Soalan bonus:
Seorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus g
igi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hita
m, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?

Jawapan:Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

Wednesday, May 4, 2011

Kata-Kata Memberi Sejuta Makna

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Monday, May 2, 2011

Happy Worker Day, 1 Mei 2011


1 Mei merupakan Hari Pekerja. Hari Pekerja mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila diisytiharkan hari kelepasan am (cuti umum) pada tarikh 1 Mei setiap tahun. Kerajaan mula menganjurkan Perhimpunan Hari Pekerja sejak 1991.

Pekerja merupakan nadi bagi setiap syarikat, organisasi ataupun negara. Tanpa pekerja yang produktif dan proaktif adalah sukar bagi syarikat atau sesebuah organisasi untuk beroperasi apa lagi berkembang dari semasa ke semasa.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam blog www.1malaysia.com.my menyifatkan transformasi Malaysia dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi dalam tempoh lima dekad direalisasikan oleh para pekerja Malaysia yang dinamik dan berproduktiviti tinggi.

Justeru, sempena sambutan Hari Pekerja pada tahun ini beliau menggesa golongan pekerja supaya memanfaatkan peluang baru yang akan terhasil dari cita-cita nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan membawa manfaat kepada semua rakyat dan ia memerlukan golongan pekerja bertaraf dunia, katanya.

“Malaysia yang maju akan memerlukan pekerja yang mempunyai daya produktiviti, daya saing, keanjalan kemahiran dan berpengetahuan tinggi,” kata Perdana Menteri.

Najib menambah, kerajaan telah pun meletakkan segala asas transformasi serta ekonomi yang diperlukan untuk merealisasikan matlamat ini.

“Walaupun demikian, tanpa sokongan dan komitmen oleh para pekerja, wawasan ini akhirnya akan hanya tinggal impian semata-mata,” katanya.

Beliau menegaskan negara Malaysia maju akan menyaksikan peningkatan kualiti infrastruktur asas yang disediakan kerajaan.

“Anak-anak kita akan mendapat akses kepada perumahan, perkhidmatan perubatan dan pendidikan yang lebih baik namun untuk semua ini menjadi realiti memerlukan kita menyingsing lengan mengukuhkan tekad serta melipatgandakan lagi usaha,” katanya.

“Saban tahun kita menyambut hari yang amat bermakna ini sebagai pengiktirafan terhadap jasa-jasa para pekerja dalam membangunkan negara Malaysia yang tercinta,” jelas Perdana Menteri sambil mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua para pekerja di Malaysia.

Tema Pekerja Merealisasi Transformasi Negara dipilih untuk sambutan Hari Pekerja pada tahun ini. Majlis Perhimpunan Hari Pekerja akan diadakan pada 7 Mei 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil dengan 12,000 warga pekerja dan majikan dijangka hadir.

Sementara Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Sambutan (Cuepacs) pula mengadakan sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Laporan Bernama menyebut golongan pekerja mengharapkan berita gembira seperti pengumuman insentif kewangan dari kerajaan sempena sambutan Hari Pekerja pada tahun ini.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Khalid Atan berkata, insentif sedemikian mampu menjadi pemangkin supaya golongan pekerja lebih dedikasi dan produktif.

“Saya harap kerajaan akan menetapkan polisi gaji minima kepada pekerja di sektor swasta kerana saya rasa tuntutan berkenaan adalah relevan pada masa ini memandangkan harga barang keperluan dan kos hidup adalah tinggi,” katanya.

Perkara lain yang beliau harapkan diberikan perhatian oleh kerajaan adalah cuti bersalin 90 hari kepada pekerja di sektor swasta. Kebanjiran pekerja asing dalam negara juga memerlukan perhatian serius dan perlu ditangani melalui satu pendekatan yang menetapkan bilangan pekerja asing yang diperlukan negara.

Semua pekerja tidak kiralah sektor awam, swasta, golongan profesional atau pekerja am memainkan peranan tersendiri dalam memberikan sumbangan kepada syarikat dan negara. Tanpa sumbangan dan komitmen dari setiap seorang pekerja tidak mungkin negara membangun seperti hari ini.

Selamat menyambut Hari Pekerja 2011. Bagi golongan pekerja marilah kita kuatkan semangat dan tekad untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti demi negara tercinta.

Sementara golongan majikan pula diharap lebih menghargai segala pengorbanan dan sumbangan yang diberikan pekerja masing-masing sebagai perangsang dan pembakar semangat kepada pekerja untuk lebih gigih bekerja. Dan selamat bercuti.

p/s : Happy Birthday & tahniah pd Mak Long Satariah, birthday dia disambut oleh semua rakyat Malaysia setiap tahun walaupun maklong tak bekerja...hehehe!