Wednesday, March 30, 2011

11 Tip kehamilan

Amy update lg 11 tips2 kehamilan yang ingin dikongsi dgn kawan2 yg masih belum dikurniakan cahayamata..mmg semua rezeki ditangan Allah SWT, tp usaha tu penting jugakkan, mana ada rezeki dtg bergolek..Semoga tips2 ni dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan dan menambah lagi kefahaman kita tentang dunia kehamilan ni..

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami

11. Jauhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Berhati-hati ketika membaca Al-Fatihah


BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH!!

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat. Apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNA’K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA’K

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS

6. SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti

7. AMIN……………hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA……dua harakat, MIN…. 3 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat….. Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Tuesday, March 29, 2011

10 situasi lelaki yg perlu wanita fahami..

10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI

1. Bila si dia sibuk........ Jangan pulak terhegeh-hegeh mintak si dia menjemput kamu kat tempat kerja ataupun suruh die teman kamu pergi membeli-belah. Nanti kamu di katakan sebagai penyibuk pulak. kan dah lain jadiknyer..
.

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoannya lebih-lebih lagi egonya tengah menguasai dirinya. Lelaki yg macamni mmg susah nak mengaku yang dirinya ego, sebaliknya berpendapat yang dirinyer tegas.

3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin , bawah payung...sambil m
engenangkan saat-saat manis pertemuan pertama kamu berdua dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........ Jgn buat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi api kemarahannya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh-temeh. Seperti selipar putus ker, aper2lah... Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn pakse dia buat sesuatu yg bol
eh menambah kepenatannya.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu
patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertolak ansur antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri pulak. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya , buat lawak bodo ker.. Orang yg selamba ni selalunya ingin kita yg mulakan dulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia kenapa die curang. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum die meninggalkan kamu.. lagi parah...adeii

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Monday, March 28, 2011

Demi sebuah bahagia

Tak susah kalau kita nk bahagiakan diri kita, sebenarnya..kerana semua yg kita lakukan berasal dari dalam diri kita menerusi akal fikiran kita..So, tepuk dada tanya selera..
  1. Tersenyum walau dalam keadaan yang sukar
  2. Bertenang dan bersabar sekiranya hajat tak tercapai
  3. Mampu menyembunyikan perasaan kecewa atau tersinggung oleh sesuatu
  4. Tidak merasa iri hati terhadap orang lain
  5. Dapat menghadapi kebencian orang lain yang anda rasa tidak sewajarnya berlaku
  6. Dapat menerima kritikan atau salah faham orang lain tanpa memperbesarkannya
  7. Memandang jauh kehadapan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan masa depan tanpa rasa resah, bimbang & ragu
  8. Tiada rasa hasad dengki & ingin merasa lebih dari orang lain
  9. Dapat mewujudkan rasa kasih sayang atau boleh bersahabat dengan baik
  10. Setia dan patuh lah pada orang2 yang kita sayangi
  11. Lakukan lah sesuatu yang boleh buat anda suka, minat kerana ianya akan buat anda rasa bahagia...Bahagia bukannya datang dari wang ringgit, kekayaan, kemewahan tapi bahagia datangnya dari dalam hati..

Kecewakah saya?

Apa yang amy rasa skrg ni hanya Allah je yang tahu, kecewa atau tak, juga hanya amy & Allah je yang tahu. Amy tau, ramai lg kat luar sana yg alami perkara yg sama dgn apa yang amy lalui skrg. Amy panjatkan syukur pada Allah SWT atas semua kebahagian yang Dia kurniakan...dikurniakan seorang suami yang menyintai & memahami adalah kurnian terbesar dariNya. Hari ni, amy gagal lg dalam usaha memberi cahayamata untuk suami tercinta. "Ya Allah, aku berserah padaMu, hanya Kau yg tahu apa yang terbaik untukku"

Amy bukan tidak menerima Qadaq dan Qadar dari Allah, Subhanallah...tp adatla sebagai manusia, kita ada rasa kecewa bila apa yang kita harap2kan tak tercapai walaupun kita da berusaha seadanya. Tapi mujurlah, amy ada suami, family & kawan2 yg sentiasa support, tak penah sekali pun mereka2 ni memperlekehkan amy & kekuarangan diri ni..

Last but not least,"jangan menunggu bahagia baru kita nk tersenyum,tapi senyum la..maka kita akan bertambah bahagia"

For my dearest husband, i'm sorry...

Sunday, March 27, 2011

Nak keje kilang minyak kapak?

Ops,bukan amy ye yg nk keje kat kilang minyak kapak..minyak kapak pun tak penah ada kat umah tau, ni kes staf amy kat Qaseh Lya Collection tu la..dia cakap nk berenti keje sbb nk keje kat kilang minyak kapak..kak oi, lau lagi 4 ari nk berenti br nak ckp, nampak gayanya kena la amy beli minyak kapak sbb pening nk cr pengganti..mana boleh cam ginih! mmg la aku tak penah ckp kat dia kena bg notis sebulan, tp dia kena la faham, nk cari pekerja bukan boleh sehari dua..

Amy mmg ade discuss dgn en suami nk tukar bisness kedai pakaian kitorang tu ke kedai jahit, target market kitorng exspecially utk hari raya la. of course la ramai custumer yg nk tempah baju kan, sbb kadang2 ada custumer yg tak suka beli baju ready made. Staf amy yg nk berenti tu mmg tak pandai menjahit. so, mmg ni la chance nye kalau amy nk cr someone yg mahir menjahit..tapi, dalam masa 4 ari ni, mustahil la kan?

Anyway, semoga Allah permudahkan segalanya. Amy da iklankan job ni kat http://www.mudah.my/Tukang+jahit+diperlukan-9088490.htm , hopefully dalam masa terdekat ni, ada yg call tuk apply job tu..

Thursday, March 24, 2011

Doa Nabi Zakaria

Amy byk goggle petua untuk mendapat zuriat..3 tahun masa telah berlalu, tp amy redha dengan ketentuan Nya..Yang paling penting usaha kan? Amy bersyukur sgt sbb di kurniakan suami yg sgt memahami dan tak pernah merungut tentang anak. Selama 3 tahun ni, amy je yg lebih bersedih & frust bila apa yg diusahakan tak berhasil, tp en suami sentiasa disisi & memujuk. Alhamdulillah Ya Allah, kau kurniakan dia untukku..

Mungkin ramai lagi diluar sana yg masih belum dikurniakan zuriat,meskipun dah bertahun-tahun berkahwin. Nabi Zakaria dan isterinya juga begitu. Mereka belum juga punya anak meski sudah lama menikah dan usia menjelang uzur.Lalu, beliau memanjatkan doanya kepada Allah SWT :

Yang bermaksud:
Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: "Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa."

Kita sebagai manusia kena berserah dan berdoa untuk segala nikmat yang Allah beri. Amy percaya, Allah menyintai hambaNya dan akan sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya.

Selain tu, ada byk lagi petua2 utk mendapatkan zuriat, antaranya :
  1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi - utk en suami
  2. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika diamalkan berhasil
  3. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.
  4. Amalkan membaca surah Al-Waqiah selepas subuh
Insyallah, bila Allah katakan "Kun Fayakun", maka jadi la...


Wednesday, March 23, 2011

IKEA oh IKEA

Last week, amy follow family in law naik KL, father in law dapat anugerah khidmat jasa 30 tahun perkhidmatan di TNB..driver nya adalah en suami & GPS nyer adalah saye la...even da tinggalkan KL almost 7 years, alhamdulillah..kitorng tak la sesat teruk sgt..kalau tersalah masuk exit highway tu biasa la kan, lagi2 la kalau tgh syok menyembang.

Selepas hantar FIL & MIL ke TNB Headquarters tu, amy da request kat en suami nk pg IKEA, ye la , takkan nk menunggu tercongok je kat hq TNB tu sbb yang dibenarkan masuk hall hanya penerima anugerah dan isteri, anak menantu sila cari tempat lepak lain yer...

So, perjalanan ke IKEA sgt mencabar en suami sbb jammed yg tak terhingga kat faderal highway tu. amy da bukak radio mengaji biar en suami rasa tenang dalam jammed, tp en suami ttp buat muka ketat nye...yela, fizy masa tu tak sihat, dia kena flu yg teruk, tp...si isteri ni degil sungguh nk pg IKEA..nk buat camner?

Sampai je kat IKEA, amy da tersenyum sambil fikir pe nk beli yerk..en suami mula2nya cam interested jugak tgk interior design yg ada kat situ, tapi lelama, bila dia da tak tahan dengan flu dia, dia nk stay dalam kereta je..

amy pun takder la shopping beriya sgt sbb pakai kereta FIL, ruangan bonetnye sgt terhad..Naza Citra kan?beg2 kitorng pun da penuh sampai seat belakang...so,ape yg sempat digapai hanyalah :laundry bag with stand yg harganya RM8.90
tp, en suami da janji bila umah da siap nanti, dia akan bawak amy lg dtg sini dgn bonet yg kosong...janji mesti ditepati yer en fizy! amy da attack pe benda yg nk dibeli nanti..here, the listing:
Mirror ni sweet kan?yg bulat kecik2 tu pun mirror jugak tau,boleh la kalau nk intai lubang hidung..hehehe
mirror ni pun amy nk jugak, price RM 49.90 for two..tp lau nk beli mirror ni kena bawak cik sona saya sbb seat belakang cik sona boleh lipat, so ruangan bonet akan jd lebih panjang..
nice kan lampu ni..actually amy ader beli flor lamp ni, kirim pd Lina Naser masa dia pg IKEA last 2 months..tp design lampu yg amy beli tu en suami tak brape berkenan la, waner nye putih, bentuk nya mcm poocng..mula2 beli dulu, fizy asik terkejut je..heheheh, lamp yg amy da beli tu cam gini rupanya:
mcm pocong ke? takpe la en suami, nanti kita cat cover lamp ni k wat waner yg tak mcm posong..

Mirror kat IKEA tu semuanya amy berkenan, bk lagi jenis mirror yg unik dan menarik..act, masa amy kirim kawan beli lampu pocong tu, ader gak kirim dia krabb mirror, da siap pasang pun kat rumah, very nice!
k la, setakat ni dulu la cerita amy pasal IKEA ni, tp ingat yer, pada en suami...jgn buat2 lupa plak nanti bila amy tuntut nk pegi IKEA bila umah da siap..

Boss, tolong sign..

Borang permohonan pembelian rumah guna loan kerajaan untuk amy & fizy da siap isi..semua agreement dari lawyer pun da complete. so skrg, final nye kena mintak singature bos masing2 then hantar ke Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Pada semua kakitangan kerajaan yg da disahkan jawatan, ni lah kemudahan yang ditunggu2..Interest yang dikenakan kepada semua peminjam adalah 4%.

Banyak lagi kelebihan lain compare dgn pinjaman perumahan dari bank, contohnya bayaran gov loan ni sekata sepanjang tahun pinjaman, takder kenaikan atau bayran tambahan. Lagipun sekarang kerajaan tengah bkempen 1 kakitangan kerajaan, 1 rumah...ianya sgt membantu..

Lagi 1, gov loan ni, selagi kita tak dapat kunci rumah, selagi tu la gaji kita tak dipotong lagi, so...umah mutiara rini tu dijangkakan siap bulan 7 tahun depan. sempat naik gaji 2 kali lagi ni. Selamat...

Berbalik pd cerita signature bos ni, Ketua Pengarah amy sgt la bz orgnya, dalam seminggu sehari je dapat jumpa,so, hari ni dia ada...amy da prepare sume benda alah yg perlukan signature dia. Hopefully, arini settle..Dokumen En suami camner lak?td en suami inform yg bos dia maybe ptg ni baru ada...kita lumba ye en fizy, sape yg dapat signature bos dulu

Home Sweet Home

Orang kata hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri....sama la jugak dengan rumah, best mana pun umah org lain, tp kita tetap sukakan umah kita sendiri even umah kita tu tak seberapa mana pun..

Bercerita pasal rumah , sejak 3 tahun perkahwinan Amy & En suami..dah 4 buah rumah da kami duduk, dari rumah 1 bilik, ke 2 bilik, dr umah 2 bilik ke 3 bilik...tp, kami hanya penyewa je. Betul la kata org, sesuatu tu mesti dimulakan dengan 1 dulu..sbb tu la dulu rumah kami umah 1 bilik je, iaitu kuarters UTM..Even umah tu cuma sekangkang kera, tapi kitorng ttp sukakan rumah tu, tempat kami memulakan hidup kami berdua..

So, sekarang , da sampai masanya kami memulakan 1 fasa baru dalam hidup kitorng ni, membeli rumah sendiri...dan akhirnya selepas ronda semua taman2 baru di Jb ni, selepas masuk semua pejabat pemaju di Jb ni, amy & en suami telah sebulat suara dan sebulat muka pilih Taman Mutiara Rini utk rumah kami..Kitorang pilih area sini sbb firstly, dekat dengan tempat keje amy, dekat jugak dgn tempat keje Fizy..secondly, sbb perumahan ni majority org melayu kita, it's doesn't mean, amy ni tak menyokong kempen 1 Malaysia, tp kan lebih mudah kalau jiran2 kita sebangsa dgn kita, nk buat kenduri pun senang nanti...kalau masak lak, bau belacan je semua, takder la pening kepala bau mcm2 nanti...thirdly, sbb design rumah dia ar, modern style. Asalnye en suami da ckp nk kan rumah single storey sbb malas nk memanjat tangga, tp akhirnya dia setuju gak rumah double storey ni sbb rumah single storey semua da sold out..

Setelah dikira, di congak, di hitung, di calculate, lastly...rasanya insyallah cukup la utk kami byr installment rumah ni tiap2 bulan..semoga Allah memberkatinya....aminn...

Permulaan satu bicara..

Assalamualaikum & dengan lafaz Bismillah, amy mulakan blog ini pada hari ini, 23 Mac 2011..

Blog ini amy tujukan khasnya untuk En suami dan juga pada kawan2 yg sudi membaca. Blog ini tidak la seistimewa mana, tapi amy percaya dalam setiap yg kita anggap tidak istimewa itu, ada terselit 1 keistimewaan yg tiada tandingannya..

Kadang2 kita perlukan masa untuk mencoret apa yg terlintas kan?tak semua yg kita fikirkan boleh kita ceritakan pada semua, so..amy rasa blog ini adalah tempat yg paling istimewa buat amy dan suami..

Semoga segala yg tersurat dan tersirat di sini tidak menyinggung hati dan perasaan sesape pun..yang baik itu, semuanya dari Allah SWt dan yang khilaf itu, lahirnya dari diri amy sendiri sebagai manusia biasa...

Wassalam..