Tuesday, June 21, 2011

Episode 3:Trip To Terengganu Darul Iman

Episode sebelumnya disini yerk....


Gambar ni dipagi yang hening depan homestay...Pagi2 lagi Yusof, anak saudara sy da tolong ketuk pintu homestay bagai nk roboh tuk kejutkan family tok alah dia...family sy la yg paling bgn lewat, celik je mata tgk sume org da bsiap2...nasib baik tak kena tinggal...Breakfast pg tu adalah nasi dagang yg disponsor penuh oleh Mak Uda Ani...tp yg paling tak tahan steatment mak uda ani adalah seperti dibawah

" Semalam, kat pasar payang, mak uda fikir byk kali nk beli batik sutera, tp pagi td mak uda tgk akk jual nasi dagang ni pakai batik sutera yg mcm kita beli semalam"

erm...no comment la mak uda, mmg nmpak org sana grand gila pun, baju diorng batik sutera yg berbatu bagai tu, ada tu sy tgk complete ngan tudung ariani yg bersulam2 lg..aduss!
Destinasi pertama dipagi hari sabtu kami adalah di Taman Tamadun Islam, bersebelahan dgn Masjid Kristal..Tgk, sume ahli rombongan cik tik kita ni muka segar bugar lg, nnti kalau da penat berjalan, br la muka sume cam apam balik....
nice kan family picture ni, sy yg amik gambr ni hokeh, take from da bottom, sampaikan diorng kata sy nk amik gmbr kaki jer, hiss, buta seni ar diorang ni..

Tak boleh blah kan tgk muka adik moq sy ngan anak sedara sy, Yusof...muka bangga bila dapat awek bersunglass sorang satu..
Exited sgt masa ni sbb nk naik bot sepanjang sungai Terengganu, charge RM10/seorang...kami group pertama sampai situ tau..


Ha, tgk, mcm nk naik bot pun ye, mcm nk naik angkasa lepas pun yer, nmpak terapung2 je kan bila pakai pelampung...my mum pun senyum cam confident je...

Encik suami sy, berkerut sgt dahi tu kenapa syg oi?tkt jatuh sungai ke aper?

Best ar naik bot ni, ada tourist guide lg yg explain ttg satu2 tmpt tu...byk gak tmpt2 yg kita tak ketahui sebelum ni, bila menyusuri sungai Terengganu ni, rupanya byk sungguh perkara2 yg membanggakan kami cthnya, kami tgk satu tmpt tu, seorng pakcik kerjanya buat kapal...dia hanya buat seorang diri dan harga kapal tu dijual hingga mencecah harga RM 300,000.00 hokeh! mesti wife pakcik tu tido pun pakai batik sutera lip lap kan?

Ni gambr Masjid Kristal bila kita menyusuri sungai, selalunya kan dpt tgk dr depan je...

Destinasi seterusnya adalah di Masjid Terapung, yg diorng naik kuda ni kat area Masjid Terapung tu la, kesian kuda tu kan, da nasib dia membawa bebanan sebegitu...hahahaha, jgn marah yer kak sherin & kak iza...

En suami sy ni bila bergambar dgn kuda, reti pulak senyum...bila bergambr ngan bini, masam jer...haih..

Pose manja + gedik dr amy ya...sgt suka pic ni;)

Sebelum balik ke destinasi masing2, something yg harus di bawa balik dari Terengganu adalah keropok lekor, kami beli di Losong..nasib baik makcik jual kopok lekor ni tak pakai batik sutera jugak...

Otw balik, last destination adalah Noor Arfa Batik, mmg bangga tgk org melayu kita ada kilang & kedai batik sehebat ni, harga batik2 kat situ pun hebat jugak...
sy & mama dapat ar beli sepasang blouse utk dijadikan kenang2 kenangan dr Noor Arfa Batik

oklah, rasanya cukup sampai kat sini dulu episode sy..kesimpulannya, trip ni mmg sgt best, happening & menipiskan purse...hehehe

for the next trip, sy decide nk ke Langkawi Island, teringin bebenor nk kesana..tp maybe end of this year kot.

sebelum terlupa, selain dr batik sutera, kopok lekor dan berbagai2 lg sourvenior yg dibawa balik dr Terengganu, yg kami bawa balik adalah DEMAM...mak uda demam, maklong demam, kak iza demam, kak sherin demam, paklong gaout, amy batuk sampai ilang suara..cuma mama sy je yg steady gila, sihat walafiat je dia...alhamdulillah..

p/s : tragedi tuak tak mungkin kulupakan..hahahah

Resepi ikan siakap masak stim


Hanya kerana en suami sy sgt suka masakan in, jadi sy post entry ni for sharing to all housewife over there..

Bahan2:

  • 1 ekor ikan siakap
  • Sos tiram secukupnya
  • 2 batang serai-dihiris nipis2
  • 5 biji cili padi-di hiris
  • 3 ulas bawang putih-di hiris
  • 1 labu bawang besar-di potong bulat2
  • 1 inci halia-di hiris
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 tangkai daun sup-di potong pendek
  • 1 biji limau nipis-ambil jus nya
  • 1 cawan air-lebihkan kalau suka kuah lebihh
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara2:

  • Bersihkan ikan, gaulkan dengan garam dan limau , perap dengan sos tiram lebih kurang 15 minit..
  • Panaskan kukusan. Dalam bekas yang sesuai masukkan ikan, kemudian taburkan semua bahan2 yang dihiris.
  • Masukkan garam, gula dan jus limau nipis, kukus lebih kurang 30 minit @ sehingga ikan masak..
  • Setelah ikan masak, angkat dan taburkan daun sup dan juga hirisan tomato...

Today encik suami shift petang, so dia balik keje nanti pukul 9.30mlm, sy nk masakkan lauk ni untuk dia....

p/s : org kata, apa pun kita masak untuk si suami, kalau dimasak dgn penuh kasih sayang, maka jadi sedap la masakan kita...so, pada encik suami sy, sok sy nk masak telur goreng kasih sayang je la....

Monday, June 20, 2011

Episod 2: Trip To Terengganu Darul Iman

* sambungan story yg lepas

Alkisah episode ke dua bmula lepas kitorang attend majlis sambut menantu di rumah keluarga syawal di Felda Jerangau, Terengganu...Harap maafkan si jelita yg dua org seperti gambar diatas tu yer, actually...ni la homestay yg kami ddk pd malam kedua kami di Terengganu Darul Iman..Nama Homestay ni Assalam Homestay, lebih kurang 10 minit ke bandar Kuala Terengganu..kami rent 3 buah homestay sebaris, sebuah untuk family sy, sebuah utk family mak uda & lg sebuah utk family maklong..

Berehat hanya sekejap di Homestay, diorng da ajak jalan ke Kuala Terengganu,masa yg ada mmg ckp pack, so aktiviti berehat2 sambil melentang2 apa bagai, boleh dibuat lepas balik JB nanti ye...

Rombongan Cik Tik, Cik Ani & Cik Alah ke Pasar Payang..sy yg da kali ke5 dtg ketempat ni takder la terlalu exited sgt..MakLong, mak uda, kak sherin, kak iza & kak ati memberi rezeki kepada akk jual batik sutera lip lap lip lap sbb diorng beli batik sutera berharga rm 200 seorang, kaya tul anak2 cucu atuk atan ni...tp sesekali sesekala apa salahnya, yg penting ada ringgit malaysia yg mencukupi kan?
Sy dan kak Sherin dihadapan istana Kuala Terengganu..

Kami berada di Pasar Payang sampai petang & diorng decide nk smyg Magrib di Masjid Kristal..Enjoy da picca ok....

Cantik sgt view Masjid Kristal pd waktu malam, kubahnya bertukar2 warna, sgt sesuai pd anak2 yg nk mengenal warna & tak sesuai pd org yg rabun warna :)

Destinasi terakhir adalah mengisi perut yg kosong sebelum balik ke Homestay, sbb Homestay adalah tempat bergelimpangan yg paling best selepas perut kenyang, hati riang...

* Bersambung ke episode 3 hokeh!


Sunday, June 19, 2011

Trip to Terengganu Darul Iman

Alkisah, pada 9 Jun yg lepas...family sy, family maklong & family mak uda sy ke Terengganu utk hantar pengantin, anak mak uda sy bkahwin dengan org dari sana, kalau org Johor, dipanggil Majlis Sambut Menantu, tp belah pantai timur, sy tak sure la apa yg dipanggilnya..

Anyway, masih belum terlambat lg sy nk wish tahniah pada ain & syawal untuk rumahtangga yg dibina ini, semoga kebahagian kekal dlm rumahtangga kalian selagi nyawa dikandung badan
Ni lah gambar raja sehari kita...
Yg pengantin perempuan tu adalah cousin sy, ain..

Berbalik pada cerita ke Terengganu, cuma kami 3 keluarga yg dapat pg sbb kuarga yg lain, masing2 ada komitmen lain & Terengganu tu amat jauh bg kami di Johor ni, perjalanan hampir 10 jam.Pd awalnya, trip kami berasingan...Family sy dr Jb lalu Segamat-Kuantan, family mak uda dr Kota Tinggi lalu Mersing-Pekan, family maklong plak, dr KL terus ke KT..sampai di Kuantan, br family sy jalan sekali dgn family mak uda..Sementara mnunggu mak uda sekeluarga sampai di Kuantan, en suami sy ajak pg Teluk Cempedak...of course la yg dapat mandi cuma Adik moq sy seorang, bukan main seronot dia....ni gambar kami di sekitar TC..

Then, kami lepak2 kat Benteng Kuantan, teringat plak masa sy sek di Kuantan ni dl, kat sini ar kuar outing makan abc ngan kawan2 hostel

Nice picture kan? bila mak uda sefamily sampai Kuantan, kitorng teruskan pejalanan ke KT, sebelum tu singgah di Kemaman, rumah family angkat ain sbb diorng da sediakan lunch utk kami..masa tu da pukul 5ptg, mmg perut pun betul2 da mcm tong kosong, so...bila org sediakan makanan, pastu makanan yg maha enak pulak tu, licin la jawabnya...bab melayan tatamu ni, org Terengganu mmg terbaik....

Sampai je umah pengantin, masa tu da pukul 9 malam, ada makan lagi utk kami rupanya, lauk kampung yg sgt2 menyelerakan..Family mertua ain da sediakan kami homestay utk menginap sebelum majlis pd keesokkan harinya..usai makan, pe lagi....terbaringlah semua org kat homestay tu sbb seharian ddk dalam kereta sgt meletihkan..sbb da rasa nk tido sgt, takder pic homestay yerk...sbb kami sume da nk zZZZzzz...



Majlis di Terengganu nmpak sederhana, tp itu bukan ukurannya kepada kami.. layanan, kemesraan dan keramahan mereka bila menerima tetamu yg kami senangi..Terima kasih pd keluarga syawal kerana menerima kunjungan kami dgn mesranya...

....bersambung episod ke 2....

Happy Father Day

Kasihnya ibu membawa ke Syurga.....
Kasihnya ayah sepanjang masa.....


Begitulah pepatah yg sering kita dengarnya mengenai kasihnya seorang ayah, semalam 19 Jun adalah hari bapa. Hati yg sayu bertambah pilu bila mengingati sesorang yg dipanggil baba..
Seorang ayah yang tak pernah sy lupakan walau apa pun yg telah berlaku..siapa pun dia, dimana pun dia berada & apa pun yg telah dia lakukan kepada mama, sy & adik2, dia tetap seorang bapa yg sepatutnya ada dihati anak2..

Kerana semua ini sudah suratan yang ditakdirkan kepada kami, kami redha dengan ketentuan Nya, hanya doa yg sy iringkan agar baba sentiasa diberi kesihatan yg baik & bahagia sepanjang hidupnya. Walau bagaimana pun keadaan dia & siapa pun baba, sy tetap membawa namanya dibelakang nama sy dan dirinya masih ada jauh disudut hati sy

Dedikasi kepada
Rahman bin Khamis, baba saya & Mohd Ali b Khamis, ayah mertua saya....
Happy Father's Day to both of you,
Thanks for being our father, forever n ever...

Wednesday, June 15, 2011

Jadi Cikgu Matematik

Sebenarnya sy mmg bercita2 nk jadi cikgu, tp bila da dewasa, semuanya da berubah, tak semestinya apa yg kita cita2 kan tu jadi impian, sy tak pernah bercita2 nk terlibat dlm bidang engineering tp akhirnya job sy skrg adalah assistant civil engineer..


Bermulanya cerita begini , en suami sy apply PLK UUM, sy harap dia berjaya dan seboleh2nya sy akan sokong dia sedaya upaya sy..last 2 weeks, surat dr UUM sampai, inform encik suami sy kena mduduki exam kelayakan...adusss, peksa nye merangkumi math spm & english language


So, sy taknak encik suami putus asa, sy suruh dia attend jgk peksa tu & janji akan tolong dia study, almaklumlah, zaman SPM da 11 tahun berlalu, memori math kat otak ni da kena delete all agknya...

Akhirnya, berjaya jugak sy jadi cikgu matematik kepada encik Hafizi...dia kata sy garang, tak blh jadi cikgu, hahahaha....betul agknya sbb sy perasan jgk, volume suara sy mula mbesar kalau 2 atau 3 kali ulang perkara yg sama....maafkan la sy ye encik suami....


Anyway, last but not least, sy doakan en suami sy berjaya...Kita berusaha & Allah yg menentukan segala2nya, dapat atau tak itu perkara kedua, yg penting kita da cuba...kan sayang?

Monday, June 6, 2011

Rahsia bantal

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal


Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal


Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal


Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki


Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal


Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


6) Tidak punya bantal


Kasihan betul... pergi kedai belilah satu