Thursday, November 24, 2011

Home Made Inner Neck

inner neck untuk pemakai shawl kini sudah dikeluarkan di Qaseh Lya collections. Uniknya, inner neck ini adalah 100% hasil tgn sy dan adik ipar..dijahit kemas dan keliling inner neck dijahit 2 line..tidak seperti sesetengah inner neck dipasaran skrg, keliling inner neck hanya dijahit menggunakan mesin jahit tepi sahaja



Inner neck kami tidak melekap didahi pemakai..sangat kemas kan dengan muncung nyer .. sangat sesuai untuk org yg muka bulat..inner neck ni nmpak mcm ber'awning' kan?


Inner neck QLC ni pun tak sesingkat inner biasa di pasaran, maknanya kalau nk pakai tanpa pakai shawl pun blh..sgt simple dan nice

Perlbagai warna yg kami sediakan..Harga? sgt la berbaloi2..RM10 sahaja utk harga runcit..tidak termasuk postage..Kalau kawan2 yg dkt2, cod sahaja pun okeh..

Kami juga menerima tempahan untuk borong..harga borong, sgt2 la murah, rm6 sahaja minimum 10 helai..sgt2 teruja kan?

Dasar Pak Pandir


Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.

Pak Pandir : Terima kasih.

Seminggu kemudian…..

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?

Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….

Doktor : Kenapa dengan sudu?

Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!

Doktor : ???????

Wednesday, November 23, 2011

Punca yg mjadi masalah dalam hubungan

Apa yang menyedihkan dalam hubungan adalah apabila pasangan gagal untuk mempertahankan sesuatu hubungan itu. Ini mungkin disebabkan oleh pasangan tidak berjaya untuk mengenalpasti apakah punca yang menyebabkan masalah dalam hubungan mereka. Sekiranya sesuatu masalah itu tidak dapat diatasi dengan kadar segera, risiko untuk hubungan tersebut akan berpisah amat tinggi. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, pasangan perlu terlebih dahulu mengetahui puncanya. Antara punca yang menyebabkan masalah dalam hubungan adalah…….
(1) Kritikan yang melampau- Pada kebiasaannya, pasangan yang telah menjalinkan hubungan agak lama tidak terlalu peka mengenai masalah ini. Mereka lebih memikirkan mengenai kepuasan hati apabila mengkritik berbanding memikirkan mengenai sensitiviti pasangan. Tanpa mereka sedari, ia sebenarnya telah menimbulkan masalah dalam hubungan dan sekiranya ia dibiarkan berterusan, mungkin akan membuatkan orang yang sentiasa dikritik merasakan perpisahan adalah jalan terbaik. Kritikan yang melampau bukanlah satu cara yang mebina sebaliknya ia menjatuhkan semangat seseorang.
(2) Penipuan- Jangan sesekali memulakan penipuan didalam hubungan walaupun ia suatu perkara yang kecil. Kerana ini akan memberi kesan dalam hubungan untuk jangka masa panjang. Masalah ini perlu dipandang serius untuk mengelakkan pasangan terasa seperti dianiaya. Dikhuatiri penipuan yang telah dilakukan akan mempengaruhi pasangan yang ditipu untuk turut menipu. Adalah lebih teruk sekiranya masalah ini akan terus berlanjutan dan berbalas-balas antara pasangan.
(3) Intipan- Walaupun niat anda mungkin baik untuk mengetahui apakah yang pasangan anda lakukan, tetapi sekiranya mereka mengetahuinya, ia akan membawa masalah besar dalam hubungan. Bina kepercayaan terhadap pasangan anda. Sekiranya anda dapat mengesan tanda kecurangan atau sebagainya, barulah anda cuba lakukan intipan. Jangan sesekali bersangka buruk terhadap pasangan.
(4) Cemburu yang melampau- Cemburu sememangnya amat penting didalam hubungan, ia adalah sebagai tanda anda betul-betul menyayangi pasangan anda. Tetapi sekiranya perasaan cemburu itu tidak dikawal, ia sebenarnya akan menjadi punca yang menyebabkan masalah dalam hubungan. Kawal perasaan cemburu anda agar bersesuaian dengan situasi, tempat, keadaan atau sebagainya.
(5) Membandingkan hubungan masa lampau- Pasangan seharusnya jangan sesekali melakukan perkara seperti ini dalam hubungan. Jangan membandingkan hubungan sekarang dan juga hubungan anda yang lampau. Ini akan mewujudkan pelbagai pemikiran negatif terhadap pasangan. Masalah ini perlu diberi perhatian untuk mengelakkan timbulnya masalah yang lebih besar pada masa akan datang.
(6) Masalah komunikasi- Ia adalah merupakan masalah yang kritikal. Ini kerana semua masalah dalam hubungan seperti perasaan cemburu, krtitikan, penipuan atau sebagainya dapat diatasi sekiranya pasangan mampu berkomunikasi dengan baik.Komunikasi yang baik juga dapat membantu untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara.
(7) Mengambil ringan- Apabila sesuatu hubungan telah melalui satu jangka masa yang panjang, kebiasaannya pasangan akan mengambil ringan mengenai pasangan mereka. Masalah ini seharusnya dielakkan. Dalam kebahagiaan hubungan, kedua-dua pasangan seharusnya berusaha untuk menyemarakkan lagi perasaan mereka dan bukannya membiarkan ia begitu sahaja.
(8) Aktiviti harian- Pasti setiap orang mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilakukan. Tetapi, jangan sesekali mengabaikan pasangan kerana ia juga merupakan salah satu dari tanggungjawab anda. Walaupun anda sibuk dengan aktiviti harian, cuba cara masa yang sesuai untuk diluangkan kepada pasangan. Masalah di dalam hubungan pasti berjaya dielakkan sekiranya anda bijak untuk membahagikan

Thursday, November 17, 2011

Menghargai dan dihargai

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

Monday, November 14, 2011

Tanda2 cinta semakin pudar..


Dearest blogger2 yg dihormati...
Kalaulah tanda2 dibawah ni terjadi kat korang, kenalah amik tindakan segera sbb nmpak gayanya mcm cinta korang semakin pudar..jangan sampai ianya terus pudar dan terus terpadam...check it out!
  • Malas angkat telefon..
  • Pape hal asyik cakap malas, malas, malasss jer..
  • Bila ajak keluar, asyik busy memanjang..mcm lar dia YB..!
  • Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati..
  • Apa kita buat dah tak betul dimata dia..
  • Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
  • Taip sms pun pendek2 jer..
  • Kita pakai minyak wangi beriya pun dia kata,"bau ape ni, busuk"..kalau dulu, tak pakai pape pun dia cakap wanginyer, mcm bunga!
  • Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘OK..” jer..?!!
  • Kita masak pun da pandai complaint x sedap..padahal memula dulu, masak sadin pun sampai mjilat jari sedar..katanya!
  • Bila ajak balik kampung, mcm2 alasan dia bg...
  • Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..demam ke, selsema ke, batuk berdarah pun da tak kisah agaknye..
  • Susah nak senyum, muka masam mcm kembing mati bini jer....
  • Gurau2 macam dulu-dulu pun dah x blh da sekarang...buat2 sensitif plak
  • Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..!
  • Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang..
  • Dulu sanggup tolak ajakan kawan semata-mata nak keluar dengan kita.. tp sekarang, asyik nk keluar ngan kawan je, kawan tak ajak pun menyibuk
  • Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya kredit hp takder la, baterry hp weak la...
  • Dulu panggil kita syg la, baby la...skrg dah panggil kita "mama", lama sikit dah jadi "mak kau"..nk duit, pg mintak mak kau sana!gitu...
  • Dah mula ckp badan kita gemok la, tak stabil la, jalan tak seimbang la, muka bjerawat la...mcm la dia tu maskulin la sgt2
  • Birthday, anniversary dah terlupa dah...dulu bulan keberapa kawen pun ingat..
  • Dulu jalan nk pimpin tgn je, takut kita kena langgar katanya...skrg, dia jalan 3 meter kedepan...hampeh!
Erm..byk lagi sbnrnya sy nk share kat sini, tapi better korang check yg ado ni dulu....kalau semua ni da bertanda2, kena jaga2 tu cik salmah!

Sunday, November 13, 2011

SENYAWA

Malam td di Astro Ria, sy tgk cerita Senyawa.. Lakonan Fauziah Gous, Riezman Khuzaimi & Dira Abu Zahar...ceritanya berkisahkan tentang pasangan suami isteri (fauziah & riezman) yang tidak mempunyai anak setelah berbelas tahun mendirikan rumah tangga. Tp diorng bahagia sehinggalah tibanya campur tangan daripada pihak keluarga..Mak si suami suruh anaknya kawin lain kerana inginkan zuriat..menyentuh hal zuriat ni, wajar x kalau sy kata itu semua urusan Yang Maha Esa..Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa dan berusaha, selebihnya diuruskan oleh Nya kerana Dia yg Maha mengetahui yg baik dan tidak untuk hambaNya

Dalam dunia ni, takde pasangan suami isteri pun yg taknak anak, kadang2 bila sesuatu tu tak menimpa kita, kita tak rasai apa yg tersurat dan tersirat sbnrnya. tp sy sgt sensitif dgn drama tu mlm td, terasa sedih bila jadi isteri yg diperlekehkan ibu mertua sampai mcm tu..pd sy, x wajar si ibu mertua mintak anaknya kawen lain.

Hal anak ni, bukan semudah bagai mbeli ikan kat pasar, arini kita nk anak, sok pg pasar, lusa da pregnant..kalaulah semudah itu, agknya da 18 org anak sy sekarang ;)

Moral of da story, tak semstinya dgn kawen lain tu pasti dpt zuriat, kalaula Allah tak izinkan ianya berlaku, takkan nk kawen lg dan lagi..
Sekian, terima kasih!

Study week

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 malaysia..
Di pagi isnin yg agak blues ni, sy mmulakan hari dengan Bismillahirrahmanirrahim..."Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Minggu ni adalah study week tp bukn utk sy...utk en suami sy sbnrnya. this week minggu exam dia start on wednesday. 5 subject berderet2 hingga hari ahad..En suami sy pun da mula bcuti hari ni..2 hari yg lepas pun sy nmpak dia da mula struggle study. Teringat plak zaman study di UiTM dl, mcm tu la jugak, minggu exam adalah minggu bpinar2 mata mengadap buku..sy plak suka sgt study last minutes..

Anyway..kepada en suami.sy doakan yg terbaik untuknya. semoga en suami sy success dlm study nye ini..sy akan sentiasa berada dibelakangnya dlm apa keadaan sekalipun...

Insya'Allah ada kejayaan menanti org yg berusaha....

Wednesday, November 9, 2011

Daging masak merah

Bersempena Aidil Adha yg br lepas ni, for sure ramai kawan2 blogger dpt rezeki daging korban yg diagih2kan kan? so, sy kongsikan resepi ni sekiranya kawan2 blogger nk mencuba. at least tidaklah daging asyik dimasak kari atau sup kan, sesekali apa salahnya kita jadi masterchef didapur sendiri...


Bahan2nya

300 g daging
1 sudu makan pes cili
1 labu bawang besar ( saiz besar ) – dipotong bulat-bulat
3 ulas bawang putih ( dipecahkan atau diricik halus )
4-6 ulas cili padi (dititik/diketuk ) – boleh tambah jika suka pedas
2 -3 sudu besar sos cili ( Boleh tambah sos jika mahu kuah lebih )
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan ( sos nampla )
1 biji buah tomato ( di potong 6 )
cili merah/ cili hijau untuk hiasan
daun ketumbar ( di hiris )
sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaan daging masak merah

1. Daging di bersihkan kemudian direbus hingga agak empuk ( mengikut jenis daging , lagi senang jika guna daging batang pinang ). Angkat dan sejukkan seketika.
2. Hiris daging nipis-nipis kemudian ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
4. Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja – jangan garing sangat ).
5. Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.
6. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato daun ketumbar dan cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang.
7. Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.

Jurus kunci


Ada seorang pemuda yang cacat iaitu tidak ada tangan kiri sejak lahir, namun tangan kanannya normal. Sewaktu kanak-kanak, dia selalu diejek oleh teman-temannya sehingga dia menjadi rendah diri kerana kecacatannya itu.

Pada suatu hari, dia bertemu seorang guru silat dan dia mengadu kisahnya yang selalu kena buli kepada guru silat tersebut. Guru itu bertanya kepadanya “Apakah kamu mahu jika saya mengajar ilmu pertahankan diri supaya kamu menjadi seorang yang percaya kepada diri sendiri?” Jawabnya dengan semangat “Ya tok, saya mahu belajar!”

Akhirnya, pemuda cacat tadi diajarkan satu jurus kunci dan dia diminta untuk terus berlatih sehingga mahir. Hingga berminggu2 lamanya, murid itu terus menerus mempraktikkan satu jurus itu sahaja. Pada minggu ke-16 murid itu merasa dia sudah pandai.

Dia lalu berkata “Tok, tolong ajarkan kepada saya jurus yang lainnya.” Gurunya menjawab “Praktikkan jurus itu lagi, supaya lebih tangkas dan lebih kuat!” Setelah beberapa minggu,muridnya mengatakan “TOk Guru,saya sudah pakar jurus tersebut”

Gurunya bertanya “Apakah kamu sudah pakar jurus tersebut?” Kalau memang sudah pakar,kamu boleh mempraktikannnya dengan sparring partner.” Setelah berlatih dengan rakan seperguruan, ternyata jurusnya bekerja dengan sempurnya dan dia boleh mengalahkan pada lawannya dengan mudah.

Gurunya puas hati dengan hasil tersebut, dan berkata. “Baiklah, sekarang saya akan daftarkan kamu dalam pertandingan silat.”

Namun si murid berteriak, “Tok! Saya baru menguasai satu jurus sahaja tapi mengapa tok sudah daftarkan saya?”

Gurunya menjawab “Tidak ada masalah!” Kemudian murid berfikir, “Oh, kalau saya didaftarkan ke suatu pertandingan, mungkin saya akan diajarkan jurus yang baru kerana pertandingan masih 8 minggu lagi.”

Ternyata tidak, dia hanya tetap diajar satu jurus yang sama, satu jurus kuncian, terus menerus hanya diajar satu jurus itu.

Dalam latihan pertandingan dia dapat mengalahkan semua lawan. Lalu ia berkata “Guru, apakah saya harus mengikuti pertandingan hanya berbekal satu jurus ini?” Gurunya menjawab, “Sudahlah, yang penting kamu terus berlatih dengan rakan sepelatih yang lebih cepat dan lebih kuat untuk menyempurnakannya.”

Murid yang cacat itu bertanya lagi, “Apakah saya tidak akan diajar jurus lain?” Gurunya berkata dengan lantang. “Tidak!” Kemudian murid itu berkata “Guru, kalau saya kalah, saya akan menjadi sangat malu.” Gurunya memberikan semangat, “Tidak ada masalah, kamu ikut saja.”

Tibalah hari pertandingan itu. Murid tersebut tetap hanya menggunakan satu jurus untuk bertarung dengan semua lawannya. Ketika menghadapi lawan pertama, dengan cepat dia boleh mengunci lawannya dan dengan cepat pula lawan itu tidak dapat bergerak sama sekali dan menyerah.

Demikianlah seterusnya hingga babak ketiga, dia hanya menggunakan satu jurus dan berhasil mengalahkan semua lawannya dengan cepat. Kemudian dia masuk peringkat semi final, dan dia berkata kepada gurunya, “tok….., sudah tiga kali saya menggunakan jurus ini, nanti lawan saya akan tahu jurus saya ni,tolong ajar saya jurus yang lain agar saya boleh menang lagi”.

Gurunya menjawab dengan tegas “Sudahlah, kamu pakai jurus itu saja dengan lebih cepat dan lebih kuat.”

Akhirnya. Dengan sedikit terpaksa murid itu masuk ke semi final menggunakan satu jurus tadi, dan ternyata lawannya dapat dikunci dengan cepat dan menyerah kalah.

Akhirnya dia berjaya masuk ke pertandingan akhir.Kali ini lawannya adalah juara bertahan selama tujuh kali berturut-turut.

Secara spontan ia berkata lagi kepada gurunya, “Tok Guru….,, Kali ini saya benar2 tak tahan, dia juara bertahan tujuh kali. Saya empat kali menang hanya menggunakan satu jurus yang sama ,bagaimana saya boleh menang melawan juara ini?” Murid itu mulai rasa tertekan dan berkata, “Tolonglah tok…, ajarkan saya jurus yang baru, tolonglah saya tok!”

Gurunya menjawab, “Tidak! Kamu tetap masuk final hanya dengan satu jurus itu dengan lebih cepat dan lebih kuat lagi!”

Dan akhirnya dia berhadapan dengan juara bertahan itu dengan hanya menggunakan satu jurus yang digunakan sebelumnya, ternyata dalam masa yang singkat juara bertahan itu dapat dikunci dan menyerah kalah.

Kemudian dia merayakan kemenangannya dengan gembira. Malamnya dia bertanya tok gurunya

“Tok, puas saya fikir, mengapa saya boleh jadi juara dengan hanya satu jurus?”

Gurunya menjawab, “Ada dua perkara mengapa kamu dapat menjadi pemenang. Pertama , Teknik kuncianmu itu adalah teknik kunci yang paling hebat di dunia beladiri, sangat sukar ditewaskan, apalagi kalau kamu jalankan dengan kekuatan dan kecepatan yang luar biasa.

Kedua, teknik kunci kamu ini sebenarnya ada kelemahannya atau ada cara mengelaknya. Tetapi untuk melakukannya pihak lawan harus memegang tangan kiri, dan kamu tidak punya tangan kiri…….!!”

Tuesday, November 8, 2011

Finally...dapat jugak DSLR

Kamera digital SLR mmg da lama mjadi idaman Amy & en suami..Ntah bila kitorng ni mula berminat dlm bidang ni,kitorang pun x sedar..tau2 kemaruk nk beli dslr je..
Banyak kali & da byk tmpt kitorng survey kamera ni , kuar masuk kedai kamera ntah da byk kali..amy mmg mcm tu,nk beli sesuatu,mmg kena bkira2 sikit...tkt tersalah beli & nk dptkan da best price for da best quality..

For beginner ,kitorang x aspect utk dptkan picture2 yg hebat2...cukuplah sekadar dpt gmbr yg cantik dan menarik..actually,kamera ni ada auto sistem,so kita x perlu setting ape2 utk snap picture and get da best scene..maybe bila da terer skit,br la blh guna sistem manual tu..mudah kan?
Happy sgt sbb da dpt benda yg diidam2kan...lama jgk la memendam hasrat nk beli dslr ni..hopefully,amy dpt gunakan kemra ni dgn jayanya..heheh,bak kata en suami,jgn nnti simpan je sampai berabuk!

Dah kawen tak perlu bercinta ke?

Reader dearest,
Amy nk share some info untuk pasangan suami-isteri diluar sana dan jg utk pasangan yg bakal mendirikan rrumahtangga. Almaklumlah, musim cuti sekolah da nk bermula,so..musim org kawen pun akan menjelang..

Siang td,amy sembang2 ngan en suami,dia kata kawan dia pelik sbb en suami still sms2 me all da time, kwn dia kata "da jumpa kat umah pun nk sentiasa sms ker?"

Tak sesuai tau kawan en suami tu, maybe pd pandangan dia, bila pasangan tu da kawen,tak perlu sms,call, dating dan romantik bagai...itu salah yer,sepatutnya selepas kawen la cinta itu harus disemai dan dipupuk lebih drpd masa zaman bercinta . Harus la kan?sbb masa bercinta,byk perkara yg masih terbtas.tp bila da kawen,yg haram menjadi halal..so ape salahnya pasangan suami isteri lebih romantik dan berkasih syg lebih dr masa bercinta dl...

So..sedikit info untuk pasangan yg nk kekalkan keharmonian rumah tangga ,dalam erti kata lain,tips mengekalkan hubungan suami isteri..

1. Jangan terlalu serius dalam perhubungan

Sikap yang terlalu serius, tidak fleksibel dan terlalu mengawal boleh menimbulkan ketegangan. Relaks dan cuba nikmati setiap detik dengan lebih bermakna.

2. Elakkan terlalu mengawal perasaan pasangan anda

Ini boleh menimbulkan kebosanan dan konflik. Kepercayaan antara satu sama lain menjadi asas dalam perhubungan.

3. Jangan meletakkan kebahagian anda di tangan pasangan anda semata-mata

Menurut Abraham Lincoln, kebahagian terletak kepada cara seseorang itu berfikir. Kesilapan yang berlaku boleh menambahkan kelemahan individu. Tetapi, jika individu berfikiran positif, kehidupan akan lebih gembira dan bahagia.

4. Jangan mengharapkan pasangan memenuhi segala impian dan kehendak

Pasangan anda tidak bertanggungjawab dalam menjamin kebahagian anda. Tetapi bagi pasangan yang bahagia, mereka bersedia untuk berkongsi segalanya dan tidak memaksa untuk mencapai impian.

5. Jangan pendam perasaan

Sesetengah pasangan cuba mengelak untuk membincangkan konflik yang dihadapi. Kegagalan ini akan merumitkan lagi keadaan dan mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati selagi tidak diubati.

Tuesday, November 1, 2011

Buang kebencian,berikan kemaafan

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Makna disebalik ayat

Tuhanku, ampuni aku..
sayangi aku..
Tutuplah aib-aibku..
Angkatlah darjatku..
Berilah aku rezeki..
Berilah aku petunjuk..
Sihatkan aku..
Maafkan aku..

setiap hari sebenarnya kita membaca ayat2 ini, tp sebenarnya kita sendiri tak perasan apa yg kita mohonkan pda Allah..

Tahukah blogger2 sekalian,ini lah yg kita pohon dari Allah dalam bacaan sembahyang kita..

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

betapa bermaknanya permohonan kita ini sekiranya kita fahami apa yg kita sebutkan.
betapa indahnya sekiranya ianya diiringi dengan keihhlasan hati..

semoga kita sama2 mendapat keberkatan dr apa yg kita lakukan.,Insyallah