Monday, October 31, 2011

Terus berharap

Sy akan terus berdoa dan takkan berhenti berharap..sy yakin Allah maha mengetahui apa yg paling terbaik untuk saya dan suami



Thursday, October 27, 2011

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & ...diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Monday, October 24, 2011

Tips berjaya dalam perniagaan

Untuk rujukan sy sendiri dan bloger2...

Untuk berjaya dalam perniagaan , usahawan perlu mempunyai minat yang mendalam dan jati diri yang tinggi

• Anda mesti mempunyai sikap rajin, yang meliputi semua perkara.

Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu mempunyai minat, keinginan dan kesungguhan yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin kejayaan yang diharapkan tidak akan tercapai. Sikap untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja adalah satu sikap yang baik.

Kita tidak dapat meramal masa depan kita. Contohnya jika seseorang yang mendapat pangkat ‘A' dalam peperiksaan bukan bermakna dia akan mendapat ‘A' dalam semua perkara. Jika kita lihat usahawan yang berjaya, mungkin mereka bukan dari golongan yang mendapat pangkat ‘A' dalam peperiksaan. Tetapi mereka terdiri dari golongan yang gemar mengambil risiko dan akan berbuat apa sahaja untuk bertahan. Mereka belajar dari pengalaman dan berani mengambil risiko. Tanpa minat yang tinggi, kesungguhan, kesabaran dan takwa, usahawan tidak akan beroleh kejayaan cemerlang.

• Anda mesti mempunyai keyakinan diri
• Disamping minat dan kesungguhan, kreativiti juga perlu ada dalam diri seseorang. Ini perlu dipupuk dengan sikap bertanggungjawab, semangat yang tekad , keimanan yang kukuh dan berfikiran terbuka dan positif. Sesungguhnya usahawan adalah insan yang istimewa. Mereka merupakan golongan yang berani dan sanggup mengharungi pahit getir dunia perniagaan yang mencabar. Oleh itu, seorang usahawan tidak perlu teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan semasa mengurus perniagaan. Apa yang penting, perlu ada ketegasan dalam membuat keputusan untuk menjamin keutuhan perniagaan tersebut. Setiap keputusan yang dibuat mempunyai risiko yang bakal dihadapi, tetapi jangan terlalu difikirkanya. Usahawan perlu menghadapinya dan terpulanglah kepada diri bagaimana untuk menyelesaikannya

• Mengurus organisasi dan operasi syarikat adalah penting
• Mengurus organisasi dan operasi syarikat merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus. Contohnya pengurusan aliran wang tunai (cash flow) amat penting kerana ia diibaratkan seperti nadi dalam tubuh manusia. Jika aliran wang tunai tidak diurus secara mantap, syarikat tersebut akan menjadi kelam kabut dan akhirnya akan runtuh. Oleh yang demikian, setiap usahawan perlu memastikan aliran wang tunai syarikat mereka berada dalam keaadan yang kukuh.

• Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta
• Seseorang usahawan perlu mengetahui secara terperinci mengenai hal ehwal perjalanan operasi perniagaan mereka. Ini dapat tercapai jika mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana kedua-dua ini penting untuk meletakkan seseorang usahawan itu di tahap yang lebih tinggi dari para pekerjanya dan pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti diberi dan bukan diminta dan usahawan hanya akan mendapatkannya melalui ilmu pengetahuan. Sekiranya ilmu tersebut tidak terdapat di sini maka usahawan perlulah berusaha mencarinya di tempat yang lain atau mendapatkannya dari orang yang lebih berpengalaman.

• Belajar apa yang perlu mengenai cara menguruskan operasi peniagaan
• Fokus kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan. Usahawan perlu menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan tumpuan kepada bagaimana cara untuk menangani sesuatu permasalahan perniagaan yang timbul. Jangan optimis kepada sesuatu yang anda suka sahaja tetapi belajarlah tentang semua perkara untuk mengurus perniagaan dengan cemerlang .

• Belajar dari kesilapan
• Tiada manusia di dunia ini sempurna. Kesilapan yang timbul mengajar manusia untuk memperbaiki kelemahan diri agar dapat mengembangkan minda kita menjadi lebih kreatif menyelesai masalah. Buatlah ‘post mortem', kaji kesilapan yang telah berlaku dan jangan ulangi kesilapan itu. Di samping itu, sikap ego perlu diketepikan dan akuilah kesilapan yang telah berlaku. Jika kesilapan yang lalu tidak diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan tidak dapat akan tercapai.

• Ambil tindakan berasakan keutamaan
• Usahawan perlu bijak bertindak mengikut kepentingan sesuatu perkara.
Perlu ditulis dalam buku nota tentang perkara yang memerlukan tindakan kita apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya. Kemudian perlu kita menyenaraikan perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan bertindak mengikut senarai yang tertulis. Sekiranya seseorang berada di dalam kemelut perniagaan, tulislah apa yang difikirkan. Tetapi apa yang penting, janganlah takut dengan masalah tersebut dan bertindaklah untuk menyelesaikanya secara bijak.

• Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab

Jika kita memberi tugasan penting kepada staf, kita perlu menentukan ia melaksanakan dgn ciri2 berikut:-

- Ia melakukan tugasan yang diamanahkan dengan cara yang terbaik dan tepat pada masanya.
- Ia mempunyai keupayaan untuk menganalisa dan menyelesaikan masalah.
- Ia perlu merujuk semula kepada kita jika terdapat kesulitan yang tidak dapat diselesaikan

Kita juga perlu

- kreatif dan tegas dalam membuat keputusan
- jadikan masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk berjaya.

Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik supaya dihormati oleh orang-orang pimpinannya dan pesaingnya. Seorang peminpin juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang pengurusan dan operasi syarikatnya dan juga syarikat pesaing. Semua ini perlu untuk seseorang mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan, Insyallah.

Sedikit sibuk

Dear bloggers over there...Assalamualaiku, salah sejahtera dan salam 1 Malaysia..
lately ni sy sedikit busy dgn pelbagai aktiviti harian..keje di opis, menguruskan rumahtangga, & menguruskan Qaseh Lya Collections..tp sy seronok dgn semua yg sy buat sekarang, sekurang2nya hidup sy bermatlamat..ada visi, ada misi (wah!semangat plak)

Menjelang raya Aidil Adha ni, syukur ke hadrat Allah kerana ada rezeki utk kedai kami (QLC)..byk jgk terima tempahan bj kurung dan jubah..tu yg buat sy sedikit bz, tak sia2 sy menghantar sista in law(aisyah) belajar menjahit, alhamdulillah...dia semakin hari semakin mahir mempraktikkan apa yg diajar..sy tgk jahitannya pun semakin hari semakin kemas..dia sgt teliti orgnya.

Dulu, kedai QLC hampir2 terkubur bila 5 bulan takder pekerja..masa tu adik sy belum kahwin lg, sakit jugak la rasanya..betul la org kata perniagaan ni ada pasang surutnya, untung rugi pekara biasa..lepas adik sy kahwin, sy mintak adik ipar sy keje dgn sy dan sy hantar dia belajar menjahit..

So far, setakat ini, walaupun pada permulaan..sy ttp bersyukur sbb rezeki tu ada, dan berterusan..byk atau sikit itu bkn ukurannya..sy plak balik keje sy akan singgah ke kedai utk menolong apa yg ptt..yg bestnya, walaupun sy tak expert menjahit, sy expert memotong (eksen la tu)..tugas memotong adalah tugasan sy, dan aisyah akan mjahit jubah yg da siap dipotong...sy dan dia saling memerlukan...hehehe..
Lepas pukul 6 plak, sy balik umah dan bersilat didapur menyediakan hidangan makan makan utk sy dan suami...sesekali ada jgk, makan diluar..almaklumlah, kami ni tinggal berdua jer pun, tp takder la hari2 makan di kedai luar, bocor la poket lau mcm tu..

okla, last but not least, apa pun yg kita lakukan, kita lakukan seikhlas yg boleh, insyaAllah ada ganjarannya 1 hari nnti...

Friday, October 21, 2011

Perkara yg kita tak tau pasal henpon!


Tahukah korang yg telefon bimbit sebenarnya bukan sahaja digunakan untuk sms dan call...tp byk benda lain yg kita tak tahu sebenarnya...sy belum lg mencuba semua ni, tp sekiranya kawa2 blogger diluar sana memerlukan perkongsian maklumat ini, sy sedia berkongsi...sharing is caring....Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -


1.Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di
PAPARAN PENUH di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).

2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)

4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.hohoh..padan muka kaw!

Kebanyakan tips ini boleh digunapakai untuk telefon bimbit jenama Nokia.:)

CARA2 FORMAT HANDSET

Adakah yang memiliki enset nokia jenis s60 (Nokia N70, N73, 7610, 6600, N-gage, 6120 Classic)?Format tepon jika msuk virus?xperlu p kdai tepon or klinik handphone or wateva lah yg mnyakitkan ati krana mngmbil upah yg tggi.Kat sni sy akan bgi tutorial cket sal nk FORMAT HANDSET JENIS SYMBIAN 60 pada kwang.

Ok,First skali kwang p buat air tgkat ali or kopi ker ikot ksukaan kamu lar..Second lak,yg jnis isap rkok tu isap ar luu puas2.Pastu kwang follow step bwah neyh k.Sblum tu pastikan enset kwang tu ckup bateri(full).

1. Pertama skali, save and backup sumer data2 dalam memori enset kwang(nota,mssge,draft mssge,cntact,pic) kepada memori kad.klau nk backup bleyh gnakan NOKIA PC Suite kat pc kwang tu.
2. Selepas sudah backup data2 trsebut,kuarkan memori kad kwang n off enset trsebut.
3. Dalam keadaan off,

- Tekan butang dail (green button)

- Butang bernombor 3

- Tekan butang bintang * (star)

- On handset korang

- Jangan lepas satu butang pun hinggalah screen menunjukkan abjad FORMAT

- Masa yang diperlukan lbeyh krang 5 minit.

4. Kesemua step diatas haruslah dibuat serentak sehingga kuar waktu yg perlu diset smula.
5. DONE! Anda brjaye mmformat tepon anda!


Butang Rahsia Nokia
Berikut ini adalah kunci kod butang rahsia yang boleh anda lakukan sendiri dengan menekan pada key pad hp anda yang berjenama Nokia sama ada cdma maupun yang gsm. 1.
Melihat IMEI (International Mobile Equipment Identity) Caranya tekan butang * # 0 6 # 2.
Melihat versi software, tarikh pembuatan softwre dan jenis compresion software Caranya tekan * # 0 0 0 0 # Jika tidak gagal coba butang * # 9 9 9 9 # 3.
Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 4.
Melihat nombor / nombor private number yang menghubungi handphone anda Caranya tekan * # 3 0 # 5.
Menampilkan nombr pengalihan telefon all calls Caranya tekan * # 2 1 # 6.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan telefon kerana tidak anda jawab (call divert on) Caranya tekan * # 6 1 # 7.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilan kerana di luar jangkauan (call divert on) Caranya tekan * # 6 2 # 8.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilann kerana sibuk (call divert on) Caranya tekan * # 6 7 # 9.
Mengubah logo operator pada nokia type 3310 dan 3330 Caranya tekan * # 6 7 7 0 5 6 4 6 # 10.
Menampilkan status sim clock Caranya tekan * # 7 4 6 0 2 5 6 2 5 # 11.
Berpindah ke profil profile handphone anda Caranya tekan tombol power off tanpa ditahan 12.
Mengubah setting hp nokia ke default atau aturan kilang Caranya tekan * # 7 7 8 0 # 13.
Melakukan reset timer handphone dan score game hp nokia Caranya tekan * # 7 3 # 14.
Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 15.
Melihat kod pengilang atau factory code Caranya tekan * # 7 7 6 0 # 16.
Menampilkan serial number atau nomer seri hp, tarikh pengilangan,tarikh pembelian, dan tarikh service terakhir, transfer user data. Untuk keluar handphone harus direset balik. Caranya tekan * # 92702689 # 17.
Melihat kod pengamanan handphone anda Caranya tekan * # 2 6 4 0 # 18.
Melihat alamat ip perangkat keras bluetooth anda Caranya tekan * # 2 8 2 0 # 19.
Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terbaik namun bazir energi batery Untuk meng off gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 3 3 7 0 # 20.
Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terendah namun jimat energi batery. Untuk mematikan gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 4 7 2 0 # 21.
Menuju isi phone book dengan cepat di handphone nokia Caranya tekan nombor urut lalu # contoh : 150# 22.
Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk semua panggilan Caranya tekan * * 2 1 * Nombor Tujuan # 23.
Mengalihkan panggilan ke nomor yang dituju untuk panggilan yang tidak terjawab Caranya tekan * * 6 1 * Nombor Tujuan # 24.
Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk panggilan ketika telefon bimbit anda sedang sibuk Caranya tekan * * 6 7 * Nomor Tujuan #
Keterangan Tambahan : - Kod di input tanpa jarak - Ada kod-kod nokia yang berlaku pada jenama handphone tertentu saja..selamat mencuba….

Wednesday, October 19, 2011

Check quality HP korang

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity] atau serial no.
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA


ni hp en.suami sy...sy pakai hp ni skrg..so far hp ni termasuk dlm group 04=dari kilang asal, sgt terbaik...harus la kan, hp ni bkn beli yg recond set, original hokeh!
lg 1 hp yg sy pakai hp ni:ni plak hp mama sy...(apesal hp yg sy pakai semua org punya nih)..hp sy pada mama, kitorng tukar pakai, hp e63 je pun...hp ni pun termasuk dlm group 04=dari kilang asal, sgt terbaik...hahaha, walaupun hp ni hp jumpa (alamak, kantoi)..

sy pakai hp biasa2 je, tak pakai hp mahal2 cam iphone, htc, bb bagai..sy yg takde sikap lemah lembut pd hp ni mana blh pakai hp mahal, mbazir, hp skrg pun da bercalar-balar dibuatnya...
sesetengah org hp siap bersarung, beralas bagai...tp sy main campak je dlm hbeg yg ada mcm2 khazanah tu..mana tak bercalar kalau dlm hbeg tu ada kunci, spanar, pisau, gunting..hehe (bohong jer, mana ada pisau, gunting, spanar)

ok la, pd sume geng2 bloger, check hp u all skrg, tkut ada yg guna hp yg termasuk dlm group sgt kurang kualiti dan merbahaya tu, sy lom sempat goggle lg apa yg dimaksudkan dgn merbahaya..kalau sy dpt info nnti sy post entry k..mana la tau pakai hp merbahaya ni cuping telinga boleh tanggal ke kan....

Ombak rindu


Tak sabar nk tunggu filem ombak rindu, 1 disember 2011 ni..adaptasi daripada karya Fauziah Ashari..seingat sy novel ombak rindu ni sy baca masa zaman2 sy study di shah Alam dl..ceritanya mmg touching abes, rasanya sy menangis beriya2 bc novel ombak rindu ni..so, sy mmg excited nk tgk the real story, lg2 la lakonan mantop en aaron aziz,wah!

Cerita dr novel tu cam ginih..Izzah (Maya Karin) ni gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah dia akibat kemalangan jalan raya. Lepas ayah dan ibu di atakder, pakcik dia jaga dia.. Pakcik Taha ni pulak orgnya byk hutang, keliling pinggang. Sampaikan satu tahap dia tak mampu nk byr hutang2 dia, dia sanggup jual si izzah ni pada tokeh kelab malam...

Kat kelab malam tu, izzah jumpa ngan Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘beli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab tu dan bawa izzah keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal ni gilrfriend hariz, kiranya menantu pilihan keluarga hariz la..salam citer ni, mak si hariz tu cam ahli sihir jahatnya, bila dia tau hariz ada perempuan simpanan, mengamuk sakan la dia, sedangkan dia tak tau yg izzah tu isteri hariz..

sedih sgt citer ni, mcm mana izzah ni mgharungi hidup seorng diri, dicemuh, dikeji...

So, tunggu je nnti kemunculan filem ni k, sesama ar kita tgk nnti camner maya karin mbawa watak perempuan teraniaya mcm ni...

Keledek oh keledek!

Di negara kita,keledek mudah didapati kat mana2 pasaraya, pasar tani, pasar lambak, pasar borong dan mcm2 pasar lagi.. sepanjang tahun, bila2 masa pun keledek ada, tak bermusim. Harganya pulak, blm penah lagi sy dengar org tak mampun beli keledek sebab mahal...

Maybe ada yg da mengetahui yg keledek bukan je sedap dan pelbagai guna dalam masakan, tp sangat2 lah bermanfaat untuk kesihatan kita. Penyelidikan terbaru terhadap ubi keledek mendapati isinya kaya dengan bermacam khasiat.

Khasiat2nya adalah:

1. Protein unik mengandungi kesan antioksidan – keledek mempunyai simpanan protein akar yang unik. Kajian mendapati ia mengandungi kapasiti antioksidan yang penting. Dalam satu kajian, didapati protein-protein ini mempunyai satu pertiga aktiviti antioksidan gluathione iaitu satu daripada antioksidan tubuh yang paling mengagumkan terhasil secara dalaman. Ini bererti ubi keledek mempunyai nilai penyembuh.

2. Sumber khasiat yang baik – keledek yang dikelaskan sebagai ‘sayur akar’ ini sangat kaya dengan sumber vitamin A (dalam bentuk beta-karotin), vitamin C dan mineral seperti mangan dan kuprum. Keledek juga kaya dengan fiber diet, vitamin B6, potasium dan zat besi.

3. Makanan yang kaya antioksidan dan antiradangan – vitamin A dan vitamin C di dalam ubi keledek menunjukkan ia mempunyai nilai menyembuh. Beta-karotin dan vitamin C berkuasa menyingkirkan toksid.

4. Elak serangan jantung dan strok-Ubi keledek secara relatifnya berkalori rendah dan tiada lemak. Kaya dengan beta-karotin dan lima kali ganda lebih vitamin A dalam seketul keledek. Juga kaya dengan potasium. Khasiat-khasiat ini berupaya melindungi daripada serangan jantung dan strok. Potasium di dalam keledek membantu mengekalkan bendalir dan keseimbangan elektrolit di dalam sel-sel tubuh serta mengekalkan fungsi normal jantung dan tekanan darah.

5. Berat badan ideal-Ubi keledek juga bersifat menghalang peningkatan berat badan, antikanser, dan antipenuaan.

Tuesday, October 18, 2011

Simpanan nilai

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...
Sedikit ilmu ingin sy kongsikan disini mengenai pelaburan yg paling selamat jika dibandingkan dengan saham, pelaburan MLM dan yang seangkatan dengannya

"Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal"


Wajarlah kalau sy katakan disini, simpanan emas mampu menjamin masa depan, membantu kita dikala kita memerlukan kewangan serta merta dan ada yg mampu menjana kewangan dengan menjadikan emas sebagai perniagaan...

Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas



Perkara yg perlu difahami untuk memulakan simpanan emas :

1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.


2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.


3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.


4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas.

5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarika mereka

(contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan).

Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.


6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah

Thursday, October 13, 2011

Basikal pun kena sita?


Along : Basikal adik mana?

Adik : Takde..

Along : Takde kemana plak?

Adik : Kena sita...

Along : hah?basikal kau kena sita?kau bankrup bisness ke aper?ke, kau tak bayar installment basikal tu..(eh, beskal tu mana ada installment, aku yg belikan masa hari jadi dia)

Adik : Tak ar..

Along : Abes tu?kau tak byr saman ke ?(eh, mana ada beskal kena saman!)

Adik : Uda sita basikal adik sbb adik asik merayap je naik basikal tu sampai bocor tayar!
(suara nk mintak simpati aku la tu..budget2 aku leh tolong dia suruh uda lepaskan basikal dia)

Along : Uda sita mcm mana plak, anta balai polis ker? (soklan saje nk menyakat adik aku)

Adik : Mana ada..uda simpan kat stor la....

Along : Erm, elok la tu..biar basikal tu kat situ, kau tgk je la beskal tu dik...

Pelik aku, adik aku tu tau ke sita tu aper?sita tu lau tak bisness terlungkop, byk hutang, ataupun beskal tu jadi bahan kes kat balai polis..tp kalau setakat basikal pixy yg harga nyer RM350 tu, apa la nk disita nye dikk oi..Harta yg disita tu akan dilelong, so basikal tu kalau dilelong pun, brape sen la sgt dapatnyer, dahle 2nd hand. tayar bocor da byk kali lak tu.

Kelakar betul adik aku, dia sedih bangat sebab tak dapat berbasikal da 2 hari ni...tp bagus jugak, sekurang2nya dia beringat lepas ni jgn asik nk merayap je kejenya..dia mmg takut dgn uda, lg2 la yg tukang sita tu rupanya da mcm castelo...

camni ha rupa uda dia:
kalau keter aku kena tahan tengah jalan dgn sibotak camni pun, sumpah aku takkan bukak cermin keter...langgar je la jawabnye..

Adik mmg takut ngan uda, kalau mama aku ckp dia endah tak endah je, tp kalau uda yg ckp, menggigil jgk la lutut dia...basikal tu uda cuma letak kat stor je pun, uda ckp jgn keluarkan...sampai skrg dia tka berani amik walaupun basikal tu bukannya bermangga bagai...stor pun tak berkunci...elok la tu dikk, bg basikal tu rehat skit drpd bawak bebanan yg maha berat (badan adik aku da membesar bagai juara)....

Sekian...

Wednesday, October 12, 2011

OMD ( oii mak datuk)

Kerap sangat kita dengar org menggunakan perkataan OMD, stand for "oh my god"..kat fb,sms, twiter..melambak2 org gunakan word tu,kita sebenarnya tak sedar, apa yg jadi ikutan itu tak semestinya betul dan benar..so, sebelum kita ikut sesuatu perkataan yg menjadi trend sebutan masa kini, elok la kita meneliti dahulu apa yg tersurat dan tersirat di sebaliknya...

Berdasarkan petikan dari soal jawab bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim mengenai hukum menyebut OMG "kalimah god tidak boleh diterjemahkan sebagai Allah, god bermakna tuhan,perkataan tuhan boleh dikata jamakkan dan ada jantina seperti gods dan goddess sedangkan kalimah Alah itu mengandungi makna tauhid didalamnya"

Kita sebagai orang islam lebih baik rasanya menyebut "Ya Allah" berbanding dengan OMG, bunyi nya juga lebih sedap didengar dan terasa menusuk ke kalbu..

Lebih baik kita menyedarinya sekarang daripada terus menerus membuat kesalahan yg kita tidak sedari, so..kepada kawan2 diluar sana, yg baik kita jadikanlah panduan dan teladan untuk dikongsi bersama..

p/s : kalau nk sgt sebut sgt cam tu, sebutlah OMD...oi mak datuk..ok aper?

Alas seterika ajaib

kerja menggosok baju menjadi mudah ,baju perlu digosok sebelah sahaja kerana belah belakang pun sudah sedia ada bergosok Kolar baju pun hanya perlu digosok sebelah sahaja belah belakang sudah siap bergosokKerja menggosok kemeja berbutang pun akan mnjadi mudah...

Ukuran alas seterika ajaib


Fabrik licin juga tidak mnggelongsor bila diltakkan atas alas seterika ajaib

Alas Seterika Ajaib kami adalah produk berkualiti buatan tempatan.

Anda mungkin pernah menemui produk berfungsi serupayang dijual dengan harga RM10.00 tetapi bagi sesiapayang telah menggunakan produk berkenaan, anda tentu
tahu bahawa ia leceh dipasang dan cepat koyak.

Berbeza dengan alas seterika RM10, Alas Seterika Ajaibkami lebih baik kualitinya dari pelbagai segi. Ia lebih tebal, lebih anjal, lebih liat dan tahan. Inikerana kami menggunakan bahan yang lebih baik sertamempunyai ketumpatan yang jauh lebih tinggi.

Alas Seterika Ajaib juga lebih mudah dipasang kemaskerana ia dilengkapi dengan strapper yang lebih kuatdan sempurna.

Dengan harga RM29.9 seunit, Alas Seterika Ajaib kamimemang berbaloi dengan kualiti serta ketahanannya. Bakkata orang, menang membeli menang memakai. Malah ramai
antara pelanggan serta agen-agen jualan kami adalahmereka yang pernah menggunakan alas seterika RM10.00.

Bagi mereka yang tidak pernah menggunakan "alasseterika ajaib", anda mungkin tidak nampak apakahkelebihan produk ini. Tetapi bagi mereka yang pernahmenggunakan produk "seumpamanya", anda tentu mengakuibahawa ia memang banyak membantu.

Kerja menggosok pakaian menjadi lebih mudah, cepat danberkesan. Bukan saja jimat masa dan tenaga bahkan andaakan menjadi lebih bersedia untuk melakukan kerjaberkenaan. Leceh kerja menggosok hilang apabila andamenggunakan Alas Seterika Ajaib.

Info Tambahan:


Alas Seterika Ajaib merupakan produk yang amat memudahkan kerja-kerja menggosok pakaian. Ia dibuat dari formulasi istimewa busa tahan haba yang berfungsi membalikkan haba seterika yang dikenakan di sebelah atas pakaian semasa menggosok kembali ke bahagian bawah pakaian berkenaan.

Kekenyalan Alas Seterika Ajaib pula membolehkan tekanan yang dikenakan di sebelah atas pakaian kembali di sebelah bawahnya. Ini memberi kesan dua kali seterika dalam satu. Maknanya gosok di sebelah atas, di sebelah bawahnya pun seperti sudah digosok sama.

Sifat kenyal ini juga membolehkan kerja menggosok bahagian butang, manik atau batu di pakaian menjadi begitu mudah dan selamat.

Alas Seterika Ajaib adalah produk keluaran eksklusif. Ia bukan produk pakai buang yang diimport dari China. Formulasi Alas seterika Ajaib kami berkualiti tinggi dan dalam keadaan penggunaan biasa mampu bertahan sehingga tiga tahun. Ia memang satu produk yang amat berbaloi untuk anda beli. Anda akan menggunakannya setiap hari dan berasa amat puashati. Kami telah menjual ribuan unit produk ini tanpa sebarang feed back negatif.

Harga rm29.90 (tidak termasuk penghantaran)

Tuesday, October 11, 2011

CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)

Monday, October 10, 2011

Si chumel

Tersenyum2 sy tgk gambar ni, yg bam bam tu adik lelaki bongsu saya...ridzman
yang disebelah dia tu agk2 saper??

..............................
Harap maklum ya, si chumel tu bukan awek kepada adik saya ya...
Tapi, kakak ipar dia hokeh!
Diorng berdua ni, sama besar je, sama tinggi, sama chumel,
tp bila si kakak ipar bergambar begitu, sy sgt geli hati...
nampaknye dia nk kelihatan lebih kecik dr Ridzman....

Haih, itu la adik ipar saya, isteri kepada adik kedua sy..
Dia mmg sgt chumil, kecik..kalau sekali imbas, mcm budak sekolah darjah 6 je..
Bila dia berada dlm kuarga sy yg besar2, tinggi2 bak si gagah perkasa ni, lagilah dia nmpak kecik dan comel..Sabar la aisyah, hopefully...1 ari nanti aisyah boleh membesar mcm kami ni, membersar bagai juara...hahahahah

Biniku gangster...


Malam td sy & en suami nonton movie bini2ku gangster ni..berdekah2 ketawa tgk beberapa scene yg kelakar gila..lakonan Yana as a first wife mmg berkesan, adegan dia sebagai seorng gangster pun mcm real la..

Dalam dunia realiti, ada x agknya isteri yg mcm tu ek? seorang gangster tp masih menjadikan suaminya sebagai keutamaan..kira cam gangster comel la..

Sy bkn nk cerita pasal kengangsteran si isteri tu..tp nk bgtau seganas, segarang dan sehebat manapun seorang wanita, bila dia duakan oleh si suami, hatinya pasti remuk bagai kaca yg pecah
Dalam movie ni, Yana ni dia relakan husband dia kawen lain..tp dlm 1 scene tu, dia sedih sgt bila tgk kemesraan si suami dgn isteri barunya...harus la kan, wanita mana yg sanggup diduakan.

Bila sy ckp pd en suami "tgk tu yang, walaupun dia gangster, tp dia ttp sedih bila suami dia kawen lain taw"

En suami sy dgn selambanya menjawab " Tu la, mudah sgt terpengaruh dgn drama tv..."
haih,ape dah!...itu lak jawapan dia..

Dalam kelakar2 citer tu sbnrnya ada byk iktibar yg blh kita amik...contohnya mcm Yana ni kan, watak yg dia bawak ni, ni mmg hebat bgaduh, semua org takut dgn dia, tp dia sgt2 sayangkn suami dia sampaikan dia tak bg sesape pun buli suami dia...

Lg 1, dia rela bkorban untuk kebahagian suami dia, bg suami dia kawen lagi 1 even dalam hati dia, hanya allah yg tahu..so, untuk en suami2 di luar sana, moral of da story morry...

"HARGAILAH SEORANG WANITA YANG BERNAMA ISTERI"

Friday, October 7, 2011

Budget 2012...Syukur alhamdulillah...

1. Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran 24 ringgit 50 sen bagi sekolah rendah dan 33 ringgit 50 sen bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful. Ingin dimaklumkan bahawa, mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan. Dengan ini, sukacita diumumkan bahawa, buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma.

2. Bajet 2012 akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.

3. Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

4. Oleh itu, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

5. Bagi setiap liter petrol RON95, harga asal 2 ringgit 75 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 90 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 85 sen atau 31 peratus dari harga sebenar;

6.. Bagi memenuhi permintaan rumah golongan berpendapatan kurang daripada 3,000 ringgit, Kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku pada Mac 2011. Untuk menambah baik skim ini, Kerajaan mencadangkan had maksimum harga rumah dinaikkan daripada 220 ribu kepada 400 ribu ringgit. Penambahbaikan ini boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012.

7. Pada masa ini, barah pangkal rahim (kanser servik) merupakan barah kedua tertinggi di kalangan wanita Malaysia. Kemajuan dalam sains perubatan telah membolehkan penyakit ini boleh dicegah melalui suntikan imunisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan suntikan imunisasi secara percuma kepada murid perempuan tingkatan satu di semua sekolah Kerajaan, bantuan Kerajaan, swasta dan antarabangsa mulai bulan April hingga Mei 2010.

8. Bagi membolehkan lebih ramai wanita untuk mendapatkan kemudahan imunisasi, Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) yang akan dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perancang Keluarga Negara di seluruh negara.

9. Dalam usaha untuk terus meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak, Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut:

Pertama: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Kedua: Bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Memandangkan bantuan ini disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana, atas dasar kebertanggungjawaban sosial, terpulanglah kepada budi bicara penjaga atau ibu bapa yang berkemampuan untuk menerima atau tidak. Di atas semuanya, langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan. Bantuan ini juga akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional;

10. Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara Kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan seribu ringgit bagi pesara Kerajaan.

Mandi Janabah

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah... disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].

Thursday, October 6, 2011

Jubah Lycra

Qaseh Lya Colelection kini telah mengeluarkan jubah dari material kain lycra, ready made dan custom made..Untuk customer yang nk menempah jubah mengikut citarasa, warna dan rekaan mereka, kami sedia menerima tempahan dari serendah RM90.00 termasuk kain..


jubah Lycra coklat tempahan dari Pn Ramlah yang masih dalam proses jahitan manik dan labuci.
Jubah coklat light dan merah ni menggunakan kain lace dan manik mutiara untuk hiasan dibahagian leher.
Kepada customer yang ingin menempah atau membeli jubah ready made sempena Raya Haji yg akk datang, bolehlah PM sy di FB sy..
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000255909897


Tuesday, October 4, 2011

Tanah ke, air ke, api ke, angin ke?

Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
Air - kedua,... keenam, kesepuluh
Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
Angin- keempat, kelapan, keduabelas


WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Mutiara Rini


Inilah bakal umah saya dan suami, sudah dikenalpasti rumah yg mana refer kat pelan yg pemaju bekalkan...last month, masih blm dpt tgk tumah yg mana sbb jalan masuk rumah ni masih ditutup...last week, sy tgk jalan da dibuka even belum siap sepenuhnya...

So far,semua main building ni da siap, cuma ada sikit2 lg yg belum install..Kalau ikut schedule, Julai 2012 sepatutnya rumah ni da blh didiami, tp berdasarkan ramalan pn engineer yg tak berbayar ni, progress keje pemaju ni laju compare yg diorng rancangkan...

Pembayaran dari Perbendaharaan Malaysia pun semua berjalan lancar, pembayaran da 65% from total amount of loan..alhamdulillah semuanya berjalan lancar, itula yg sy harap2kan..kalau pembayaran lewat, alamatnya nnti, sebelum dapat kunci, kena byr late payment interest..

Masa berlalu pantas, agak mengerikan bila membayangkan bila rumah ni da siap dan loan sudah mula dibayar....memang tak sabar nk masuk umah tu..tp insyallah ada rezeki kami nanti...
Angan2 sudah dipasang dengan pelbagai tema...hehehe, sekarang cuma perlu mengumpul duit untuk merealisasikan apa yang dirancang....

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

Sesuatu yang baik untuk kegunaan kita didunia dan akhirat...semoga amalan diterima olehNya..

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Monday, October 3, 2011

Mana mak?

Jam 6.30 petang~Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang~Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak. Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.