Wednesday, September 28, 2011

Pulau Langkawi VS Pulau Tioman

Ini hujung tahun punya cerita, tp planning da blh mula dr sekarang...sy decide nk g cuti2 malaysia with my family members..with hubby terchenta, adik beradik, mama..lau ada makcik pakcik dan sepupu sepapat yg nk join pun, lg la betambah seronok dan beronok-ronok...

cuma ada 2 choices!
1~PULAU LANGKAWI...

2~PULAU TIOMAN....

gila best kan 2 2 tempat ni..kalau pg Langkawi, of course ar by flight sbb tamau kebas punggung duduk dlm keter 10jam dr Jb, lgpun Air Asia ada promotion price tu..tapi, kena naik dr KL sbb Senai Airport cuma ada flight ke Penang je, pastu kena transit...

Kalau nk ke Pulau Tioman plak, dekat je, naik dr Mersing..naik feri dr Mersing ke Tioman...harusla sy excited sbb tak penah naik feri...*jakun nyer ko jahh! Kebanyakkannyer lau kita goggle tak internet,byk pakej yg ditawarkan f0r 3Days 2Nights lebih kurang dalam RM300++, tp everything is in da pekej la..takyah ssh2 nk cr transpot utk jenjalan cr makan...

Wah! sy da mcm berat sebelah ni...mcm lebih ke Pulau Ti0man laks...even pd mula2nya nk sgt ke Langkawi..mudah sungguh kamu dipengaruh, pn amy....

Sy decide nk holiday ni on 25-27 November ...

Sy nk survey family members yg nk follow dl..& survey pakej mana yg lebih tertarik menarik dan tak byk perabis duit sangat....hehehehe

Cara mudah mencari mukasurat dalam Al-Quran


Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Happy Birthday Adek Moq..

31hb Ogos 2000~Lahir seorang anak comel yg Allah anugerahkan kepada sepasang suami isteri..



Dia adalah adik bongsu saya bernama AMIRIDZMAN BIN RAHMAN, nama yg saya ilhamkan..
Kelahiran si comel putih gebu ini disambut dengan kasih sayang dr semua org,
lahirnya tidak pernah menyusahkan sesiapa, tidak pernah memberi masalah kepada ibu bapanya..jarang menagis dan meragam..




Kini, adik saya sudah berumur 11 tahun..sepanjang 11 tahun perjalanan hidupnya, dugaan demi dugaan mendatangi keluarga kami dan akhirnya ujian yang maha hebat melanda, dan adik sy mjadi mangsa perpisahan yang telah ditakdirkan itu..
Saya percaya ada hikmah disebalik apa yang telah Allah aturkan untuk adik saya..

Apapun yang terjadi....
mama, along, abg fizi, angah, kak aisyah & uda sangat2 sayangkan adik..
baba jugak sygkan adik dan along tau, baba tak pernah lupakan adik..

Kami doakan adik akan jadi anak yg membanggakan, berilmu, berjaya dalam hidup, berjasa pada keluarga dan semoga Allah panjangkan umur adik & beri kesihatan yang berpanjangan pada adik...



Hadiah hari jadi yg dia idam2kan


Tuesday, September 27, 2011

Riang Ria Hari Raya..

Assalamualaikum...
Hari ni hari terakhir dalam bulan Syawal, maka genap sudah la sebulan kita menyambut Aidil Fitri..diucapkan pada semua muslimin dan muslimat, semoga aidilfitri yg telah kita sambut dgn penuh meriah ni mmberi sejuta kegembiraan dan kebahagiaan pd semua..

Sy tak dpt nk upload semua gmbr2 sepanjang raya tahun ni, cuma sy upload beberapa gmbr pilihan sy sgt sy suka sepanjang syawal ini..

Ni gambar fav sy, gambar en suami sy dipagi hari raya..
jarang nk dpt snap gmbar dia tsenyum begitu..

Sy dan suami dipagi Syawal, blm mintak maaf lg masa nih..

Sebahagian daripada keluarga besar belah suami sy di Muar..

Gambar fav suami sy ni, penuh nostalgia katanya..

Kenapa suami sy bertongkat?
ni bkn tongkat dia, tp sbb dia teringin sgt bgambar spt seorang datuk,
maka, ini la dapat dia....

Raya ke2~bsama mama tersayang..


Adik2 sy..sorang dah tak bujang dan sorang lg
tak berapa nk bujang....camner tuh?

Hasil kerja halus sy ni, puas mcari posisi yg sesuai nk dptkan picture ni..
en suami sy dgn adik lelaki sy yg masih bujang..
Adik sy yg sudah tidak bujang bsama isterinya
yg sgt comel..Raya ke3~cikgu azween yg comel & fotogediks..

Raya ke4~adek moQ saya...

last but not least..pic jamuan hari raya ofis sy di IOI Palm Resort