Monday, April 18, 2011

Syukur yang tak terhingga..

Kesyukuran yang tak terhingga ini, sy panjatkan kehadrat Illahi kerana kurniaan Nya, limpahan rahmatNya dan kerana rezeki yang telah Dia berikan kepada sy dan suami sepanjang hidup ini..

"Kadang-kadang,Allah sembunyikan matahari,Allah turunkan hujan dan kilat...
kita tertanya tanya,ke mana perginya matahari...
rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi.."


Isnin yang lepas, sy dan suami dimaklumkan bahawa permohon pinjaman perumahan kerajaan yg kami mohon dah diluluskan. Suami sgt2 happy sbb sebenarnya, byk dugaan, cabaran yang menguji kesabaran yg kami hadapi utk mendapatkan rumah ni..

Firstly, rumah yg kami nk ni, sebenarnya da sold out, semua da di booking org, so..dengan hampanya kami masuk booking list, berserah je la pada Allah, kalau ada rezeki kami beli rumah ni, insyallah dapat...tu kata en suami. Masa tu, naik turun pejabat SUK Johor dan berulang alik ke Pej Pemaju Perumahan btl2 menguji kesabaran kami..Tp, kami tempuhi jugak la.

Selepas sebulan, pihak Mutiara Rini called, inform yg kami dapat rumah tu sbb ada 2 unit lg yg masih available, maybe ditolak pembeli yg da booked tu...Syukur Ya Allah, kerana segalanya mmg ketentuan Nya...kalau Dia tak mengizinkan, maka tidaklah semua ini berjalan dengan begitu mudah..

Urusan dengan pihak peguam tidaklah sesukar mana, cuma prosedur permohonan pinjaman kena difahami dgn jelas & betul..Dan lg satu, Ringgit Malaysia hendaklah disediakan untuk membayar kos2 peguam tu, lebih kurang 5k...

Sekali lg, kesabaran kami diuji bila permohonan pinjaman ditolak oleh pihak perbendaharaan kerana kami pos borang permohonan secara berasingan. untuk pinjaman bersama suami/isteri, penghantaran kena dilakukan serentak, mean..jgn guna envelope berasingan..Pihak Perbendaharaan pulang balik borang pinjaman kami tu dan menunggu borang tu patah balik amik masa seminggu jugak la...Tiap2 hari en suami menunggu kedatangan mr posman..

Bila borang yg salah tu da diterima, hari yg sama jugak la kami pos balik ke BPP sbb nk elakkan masalah2 lain yg timbul...bergegas la ke pej pos tuk buat pos laju, sampai pej pos dah pukul 4ptg, kerani pej pos tu kata diorng terima pos laju sampai pukul 4 sahaja....Aduhai...Kami pergi ke pejabat pos laju utama di larkin, sbb kat sana sampai pukul 6..

Dan akhirnya, dugaan demi dugaan da berakhir, da sekarang kami tengah tunggu panggilan dr peguam untuk sign agreement perjanjian selepas pinjaman diluluskan...Alhamdulillah...

Sy tgk en suami sgt gembira, sampai nk buat sujud syukur sbb semuanya da berakhir..sy tak dpt bayangkan kalau ada berita yg lebih gembira diterima, ntah mcm manalah kegembiraan en suami nanti...insyallah, masa tu akan sampai jugak 1 hari nanti, sy percaya...

Sy yakin yg Allah itu maha mengetahui dan maha adil dalam memberi rezeki kepada hamba2Nya..Lihatlah kami, mmg belum masanya lagi Allah memberi rezeki zuriat kepada kami, tp Allah memberi rezeki lain dan mempermudahkan segala urusan dalam perjalanan hidup kami..Tp, sy akan memohon dan terus memohon agar anugerah itu Allah kurniakan juga kepada sy dan suami...

Sunday, April 17, 2011

Happy Birthday Mama

Dearest Mama,

Thank you for supporting me when I was all by myself.

Thank you for believing in me when I didn't.

Thank you for giving me strength when I had none.

Thank you for understanding me when it was most impossible to.

Thank you for making me feel like I'm the most important person on Earth when I felt useless.

Thank you for praying for me when I needed it the most.

Thank you for loving me never stopped.

Thank you for sacrificing your own happiness for mine.

I can never thank you enough for showering me with love and making me feel how it is to have the best mother in the world.


Happy Birthday, Mama!

I love you very much!


Piring Astro Mengadap Kiblat


Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

Tahniah Epis & Edy

Semalam sy dapat call dr Edy, dia inform yg my BFF, Epis da selamat melahirkan baby girl secara normal di Hosp Putrajaya..Sy sgt2 teruja & gembira dapat berita ni, Syukur pada Allah...baby & mamanya selamat dan sihat walafiat.


To baby HAIFA WIDAD, aunty Amy nk wish u selamat datang ke dunia yg penuh warna ya sayang..Semoga kamu jadi anak yg baik dan membanggakan mama & papa kamu..


Tak sabar rasanya nk jumpa Epis & her baby..Epis berpantang di rumah parent dia, so, hujung bulan ni sy akan balik ke kampung tuk jenguk epis di rumah mak ayah nya..


Actually, epis ni my BFF sejak sekolah rendah lg..kami sekampung, rumah pun belakang rumah je, duduk asrama pun sama2 ngan dia, sebilik plak tu..yg paling best wedding kitorng pun bulan yg sama,tahun yg sama..lat seminggu je k..


Anyway epis, a very congrats for new baby born..kamu dan suami mmg berhak menerima anugerah terindah ini. ..amy tumpang gembira utk kelahiran haifa


Haifa, wait for aunty k..hujung bulan ni kita jumpa;)love u so much...

Thursday, April 14, 2011

Sedih kerana terpaksa melepaskan kau pergi...

Alkisahnya....


Harini, 14 April 2011..sy rasa hiba&sedih bila tgk kereta kancil mama dibawa pergi oleh en broker kereta...kesian kau kancil, mesti kau pun sedih sbb kami da jual kau pd owner lain kan?tp kau ader perasaan ker? Citer ni takde kena mengena dgn pepatah "dah dapat rotan, akar dilupakan" ataupun pepatah "kacang lupakan kulit" yer...Dalam hidup ni, kita mesti nk kan sesuatu yg baru, semu manusia mempunyai kehendak kan? Asal usulnya, dulu kancil ni sy yg pakai masa zaman anak dara lagi, masa tu sy kerja di UTM..ni la keter yg membawa sy kehulu ke hilir mencari rezeki, sbb tu sy sedih sgt nk lepaskan dia... Lepas sy bertunag, en tunang yg sekarang adalah en suami sy kena traning di Penjara Kluang, kereta ni jugak la yg berjasa membawa sy setiap minggu ke sana untuk jumpa si buah hati...hehehe. Betul tak sayang?jgn tak ngaku plak eh gi dating naik keter ni..

Selepas sy kawen ngan en suami, kami decide nk beli kereta persona..sy seboleh2nya takmau trade in kereta ni sbb sy sayangkan kereta ni..Selepas diambil kira, mama setuju nk pakai keter ni, kira sambung bayar la, instalment bulanan pun sgt murah, RM 250.00 sahaja..



Nak dipendekkan cerita, kami adik beradik bcadang nk belikan mama kereta baru, downpayment adalah secara "tong-tong"...tp instalment mama byr..Tapi, kereta ni macam mana?takkan mama nk pakai 2 kereta plak, adik beradik yg lain semua da ada kereta masing2, takkan la nk bagi adik bongsu sy yg br berumur 10tahun tu plak, maunyer dia balik kampung sendiri nanti kalau da dapat kereta..So, mama kata mama tak sanggup nk pakai 2 kereta, kang dikatakan kaya pulak...so, demi kesederhanaan hidup, kereta ni terpaksa la dijual...tu yg aku sedih sgt tu sbb kepas ni tak mungkin aku jumpa lagi kereta yg mbawa sejuta kenangan ni..


Gambar sy dibawah ni adalah hari terakhir sy ngan kereta ni ..hari ni jugak sy kena hantar kereta ni pd en broker...sedih nya..




Akhirnya...sy terpaksa melepaskan kau pergi...

hard to say i'm sorry

Wednesday, April 13, 2011

Pakej Mustika


1 pakej tiada tandingan..
3 saluran menyasikkan...

Ye la tu..en fizy skrg suka sgt tgk Maharaja Lawak, start minggu ni, maharaja lawak akan bersiar dia astro warna..so sesaper yg tak amik pakej ni kenalah amik kalau minat sgt tgk contest maharaja lawak tu. mmg pandai astro ni, mula2 dia taangkan maharaja lawak kat channel 104, so sume org blh tgk even amik pakej paling murah, but start minggu ke3, dia tukar tayangan ke astro warna..

Kerana ni permintaan en suami, sy turutkan je, yg penting en suami bayar astro bill tiap2 bulan...hehehe, sy cuma tolong melanggan je;)

Rasanya sejak 2 3 bulan yg lepas astro ada goverment tax charge kat bill, sebelum ni sy amik pakej paling murah RM37.95, but since da ada tax ni, bill astro sy da jadi Rm40.25. Pakej mustika ni harga dia Rm 12.95, so totally dalam RM 54.00...amik kau!

sy terfikir, media hiburan mmg bijak mengatur strategi kan, adat manusia mmg sukakan hiburan, ni la yg dinamakan hiburan berbayar. tp, sebenarnya, sy tak kesah, asalkan en suami sy tak cari hiburan lain yg berbagai2 diluar sana...hehehe


Friday, April 8, 2011

Buah Paling Berkhasiat

Tahukah anda buah apakah yang paling berkhasiat dalam dunia ni?
.....jawapannya ialah Pisang.....

Tetapi ramai diantara kita masih memperlekehkan Pisang. Mereka menganggap pisang sebagai buah yang low standard dan buah kampung.Sebaliknya mereka menganggap buah-buahan luar negara seperti epal, anggur,strawberi lebih bagus, berkhasiat dan lebih high class.

Sebenarnya mereka telah silap. Pisang adalah jauh lebih baik daripada semua buah2 yang disebutkan diatas. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi yang terpenting iaitu sucrose, fructose and Glucose. Selain itu ia juga kaya dengan fiber.

Pisang dapat membekalkan tenaga yang segera kepada badan. Hasil kajian membuktikan, dengan hanya memakan 2 biji pisang,badan kita dibekalkan tenaga yang mencukupi untuk membuat kerja-kerja berat selama tidak kurang sejam setengah. Sebab itu pisang telah menjadi buah pilihan utama bagi atlit dan ahli sukan seluruh dunia.

Pisang sebenarnya bukan saja membantu kita membekalkan tenaga kepada tubuh
badan. Tetapi ia juga berkhasiat dalam melindungi kita daripada terkena penyakit kronik

Pisang memang terbukti mempunyai pelbagai khasiat yang dapat membantu
manusia dalam menangami masalah kesihatan manusia. Pisang adalah buah
penawar yang mujarab.

Menurut kajian yang dijalakan, pisang adalah berkhasiat dalam mengurangkan
penyakit-penyakit seperti berikut ;

Kemurungan
Satu kajian oleh MIND kepada orang yang mengalami masalah kemurungan telah
mendapati bahawa pisang telah membantu orang mengalami kemurungan mengurangkan tahap tekanan dan kemurungan yang mereka hadapi. Ini adalah kerana, Pisang mengandungi sejenis protein yang digelar tryptophan. Trytophan ini akan ditukarkan oleh badan kepada serotonin yang mana unsur ini membuatkan tubuh badan kita menjadi lebih rileks dan meningkatkan mood seseorang. Ia membantu meningkatkan kesegaran tubuh badan.

PMS
Masalah PMS adalah masalah orang perempuan yang moody ketika datangnya haid. Untuk mengurangkan masalah PMS ni, ramai yang mengambil jalan mudah dengan menelan pil ubat saja. Selepas ini, anda tak perlu lagi makan pil/ubat yang mahal itu. Sebaliknya, amalkan makan pisang kerana Pisang mengandungi vitamin B6 yang mengawal paras glucose di dalam darah.
Apabila paras glucose dalam darah terkawal dengan baik,ianya mengurangkan perasaan moody anda.

Anemia
Di dalam pisang terdapat kandungan zat besi atau iron yang tinggi. Iron ini akan merangsangkan pembentukan hemoglobin di dalam darah kita. Jadi, ianya membantu menangani masalah penyakit Anemia ini.

Tekanan Darah
Pisang sangat kaya dengan kandungan Potassium dan kurang kandungan garamnya. Jadi, ia sangat membantu dalam masalah tekanan darah dan stroke. Jabatan Pemakanan dan Ubatan Amerika Syarikat telah mengiktiraf bahawa Pisang memang membantu manusia dalam menangani masalah tekanan darah dan stroke.

Mencerdaskan Otak
Satu kajian yang dijalankan kepada seramai 200 orang pelajar di Twickenhem mendapati, Pisang telah membantu semua pelajar tersebut dalam mencerdaskan otak mereka. Sepanjang minggu peperiksaan, semua pelajar telah diberi makan pisang pada waktu makan pagi, tea break dan makan tengah hari. Hasil yang ditunjukkan adalah amat positif.

Penghadaman
Kandungan fiber yang tinggi di dalam Pisang membantu tubuh kita dalam proses penghadaman makanan.

Mabuk disebabkan minuman keras
Salah satu ubat yang paling mujarab yang sangat popular di dunia barat ialah banana milkshake.
Pisang di blender bersama dengan susu dan madu kemudian diminum. Ianya terbukti dapat mengurangkan mabuk alcohol.

Heartburn
Pisang juga mengandungi satu unsur semulajadi yang dapat meneutralkan kandungan asid di dalam badan kita. Jadi, jika sesiapa yang mengalami masalah heartburn, bolehlah amalkan memakan pisang.

Masalah Morning Sickness / muntah-muntah.
Amalan memakan Pisang diantara waktu makan dapat membantu tubuh dalam mengawal kandungan gula didalam tubuh badan. Ini secara tak langsungnya membantu mereka yang menghadapi masalah morning sickness / masalah muntah2.

Gigitan Nyamuk
Jika anda terkenan gigitan nyamuk, gunakan bahagian dalam kulit pisang untuk mengurangkan kegatalan dan kesan gigitan. Kini anda tak perlu lagi membazirkan wang untuk membeli krim penyembuh gigitan nyamuk. Gunakanlah kulit pisang. Ianya pasti berkesan.
* Nota : Pisang hanya berkesan untuk gigitan nyamuk sahaja. Ianya tidak berkesan untuk gigitan cinta.hehe.

Saraf
Pisang kaya dengan Vitamin B yang membantu dalam mengawal sistem saraf. Secara tak langsungnya mengawal mententeramkan mereka yang ada masalah gugup.

Ulser
Pisang adalah buah yang enak dan lemabut serta membuat tekstur yang senang dihadam. Selain itu ianya mempunyai sifat antacid atau peneutral kepada asid yang dapat mengurangkan tahap acid di dalam usus.

Pengawal suhu badan
Pisang memang dikenali sebagai buah yang bersifat sejuk /"cooling" fruit. Jadi ia memang membantu kita dalam menurunkan suhu badan. Di Thailand, ramai wanita yang mengandung di sana mengamalkan makan Pisang sebagai cara untuk mengurangkan suhu badan dan memudahkan kelahiran.

Masalah perokok
Oleh kerana pisang kaya dengan kandungan vitamin B6 & B12, Potassium dan Mangesium, ianya juga digunakan oleh perokok perokok tegar dalam membantu mereka mengurangkan tabiat merokok. Unsur seperti B6,B12 dan Potassium dapat mengurangkan kesan ketagihan nikotin.

Stress / Tekanan
Potassium yang ada di dalam pisang adalah mineral asas yang dapat mengawal tahap kandungan air dan oksigen dalam darah. Ia dapat membantu mengawal penghantaran oksigen ke otak dan mengawal tahap metabolic dalam badan. Ini secara tak langsungnya membantu mereka yang mengalami masalah tekanan.

Strokes
Satu kajian yang dijalankan oleh "The New England Journal of Medicine"membuktikan bahawa,
Amalan memakan pisang dapat mengurangkan risiko sebanyak 40% daripada risiko mati disebabkan strokes.

Ketuat
Kulit pisang dapat mengubati kita daripada ketuat. Hanya tekapkan bahagian dalam kulit pisang kepada biji ketuat selama beberapa kali, InsyaAllah, lama kelamaan ianya akan hilang.

Wednesday, April 6, 2011

Kebesaran Allah SWT

Amy nk kongsi disini sesuatu yg kita tak pernah lihat dan takkan dapat lihat dengan mata kita.
Ini adalah sebahagian gambar mikroskopik tentang badan kita yang tak boleh dilihat dengan mata kasar.
Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda. Pada amy, semuanya amat indah sekali, besar sungguh kebesaran Illahi..

1. Hujung rambut kita yang rosak

2. Vilus usus kecil kita
3. Sel darah merah kita
4. Ovum dan sel korana
5. Embrio manusia berusia 6 hari
6. Ovum dan sperma

7. Saraf perasa di lidah kita
Cantik kan?

Monday, April 4, 2011

Kempen mencari pekerja


Masuk hari ni, da 3 hari Qaseh Lya Collections tak beroperasi. Kita hanya mampu merancang dan usaha, selebihnya Allah yang menentukan. Memang terasa perit nk mencari pekerja,kawan2 yg sama2 bniaga pun mmg pernah melalui saat2 getir mcm ni, so, ini giliran amy & en suami pula..Nak cari pekerja yg tetap dan setia dgn kita bukannya mudah,ada yg rasa tak keje ni tak sesuai , tak kena dengan jiwa, gaji kecil, dan mcm2 lg yg amy da dgr. Betullah ada org yg kata org kita ni demand tinggi. Tak pe la, amy harap en suami tak putus asa.


Last weekend, amy & en suami membersihkan kedai, tukar sikit decoration dalam kedai agar lebih tersusun & nampak teratur. Lagipun, kami bcadang nk mengambil tempahan menjahit pakaian jika ada rezeki nanti, mesin jahit lurus & mesin jait tepi da kami beli, yg belum ada, tukang jahit nya...Kalau la amy pandai menjahit, kan senang..









Insyallah, kalau da ada pekerja nanti, Qaseh Lya akan beroperasi seperti biasa & boleh mengambil tempahan jahitan sebagai income sampingan..Usaha tangga kejayaan, chaiyok Amy & en Fizy....