Monday, August 15, 2011

Siapa kita tanpa keluarga..

Ramadhan telah berlalu selama 16 hari, mcm terasa baru semalam kita menyambut Ramadhan pertama...means, ada kurang dr 2 minggu lg kita berpuasa, masa.. cepat betul ia berlalu...
Hujung minggu ni pun, sy & en suami nk balik Segamat, rumah mama sy sbb nk rasa berpuasa kat sana even raya tinggal seminggu...en suami nk sgt tgk suasana felda yg penuh dengan pelita disepanjang jalan...Hopefully, tradisi pasang pelita ni masih ada kat sana...
Pasangan pengantin baru pun nk ikut balik kampung sama, naik 1 keter je la ngan sy & en suami, lebih jimat...paling tidak pun, dia kena byr duit tol je...hehehe..

Berbalik pd tajuk asal entry sy ni, sy nk tanya u guys...siapa kamu tanpa keluarga?
Jawapan sy, sy akan jadi bak layang2 terputus talinya...
Sy bersyukur pd Allah SWT sbb mengurniakan saya keluarga yg amat bahagia walaupun kdg2 sy rasa mempunyai baba disisi akan menjadikan kami lebih sempurna..tp skrg sy sedar, walaupun sy kehilangan baba, tp sy ada suami, mama, adik2, adik ipar yang sgt memerlukan antara 1 sama lain..berbanding dengan mereka2 diluar sana yg kurang bernasib baik..

Mengenali seseorang mbuatkan sy muhasabah diri, betapa saya antara mereka2 yg beruntung punya keluarga sebahagia ini berbanding dia...sy simpati terhadap dia, ibu dan ayahnya bercerai ketika dia masih kecil, adik beradiknya berpisah2 kerana sebahagiannya mengikut ayah...sy bertambah sedih bila Allah terlebih dahulu mengambil ibunya ketika dia sedang meningkat remaja..hidupnya terpaksa diteruskan dengan menumpang kasih makcik yg ada. tp, setakat mana la makcik2 nya mampu memberi kehidupan sempurna kepadanya sedangkan mereka2 ini juga punya keluarga & anak2 yg lebih perlu dikasihi...ingin menumpang kasih datuk dan nenek pula, mereka2 ini telah pergi menghadap Ilahi..

Aidil Fitri yg bakal tiba ni mmbuatkan sy bertmbh sebak bila dia sendiri tidak tahu kemana perlu dia berada ketika pg raya...adakah mahu mencari si ayah yg dia sendiri terasa kekok kerana tidak mengenali ayahnya sejak kecil..ataupun, bersama kakak2 & abg2 yg juga jarang berjumpa sejak terpisah dr kecik..ataupun menumpang kasih pd makcik2 yg masing2 beraya bersama keluarga sendiri...dia hanya rapat dengan seorang kakak, tp hanya kerana sedikit salah faham, si kakak sanggup mengenepikan si adik dan sehingga kini, tidak pernah btanya khabar berita...sampainya hati si kakak ;(

Saya tidak dpt bayangkan jika sy berada di tempatnya...

Saya redha jika dia mahu jadi sebahagian dr keluarga sy, asalkan dia terima keluarga saya seadanya..Insyallah, jodoh pertemuan itu ada ditangan-Nya..semoga Dia yang Maha Mengetahui itu memberi rahmat kepada si dia..

Last but not least, sy ingin dia tahu bahagia dan kasih sayang itu mmg hak dia walaupun dia tidak dapat rasainya setiap saat, tp yakinla ada saatnya dia pasti akan mendapatkan kebahagian yg dicari2..kasih sayang ada dimana2, bahkan ada disekelilingnya, dia tidak perlu terlalu rasa kehilangan...

p/s : sy rasa mau menages ketika mnulis entry ini, tp sy tahan sbb tak mau make-up saya rosak dek kerana air mata..hehehe






Thursday, August 11, 2011

Happy Birthday Sayang...

Here the present for u sayang...

12 ogos, ulang tahun kelahiran insan kesayangan saya , HAFIZI BIN MOHD ALI

4 tahun dia bersama saya, melalui segala susah payah, pahit getir , suka duka, tawa dan tangis bersama saya ...tp, pd hari kelahirannya ini, sy hanya ingin dia gembira dan saya ingin dia tahu yg saya amat menyintai dirinya, selagi nyawa dikandung badan...

Saya ingin berterima kasih pdnya kerana kehadirannya melengkapi segalanya dalam hidup saya, terima kasih kerana menerima saya seadanya, menerima keluarga saya dan sanggup menghadapi apa jua masalah yg saya hadapi...

Sy dedikasikan lagu ini, khas untuknya agar dia sentiasa mengingati detik indahnya bersama sy..

"Tanpa mu aku la yang rindu
Tanpa dirimu hilanglah manjaku
Kasih mu adalah naluriku
Cintamu hanya di hatiku

Izinkan aku selami hatimu
Izinkan aku bisikkan cintaku
Janjiku pada kau yang satu
Diriku hanyalah untukmu

Engkau lah yang satu
Pujaaan hatiku
Sucinya cintaku padamu
Sayangku hanya kau yang satu
Kasih dah rinduku milikmu"

saya mohon kepada Allah agar dipanjangkan usia suami sy kerana saya ingin terus menikmati kehidupan bersamanya, juga sy mohon pada Yang Maha Esa, berikan rezeki kepada kami, iaitu zuriat yg amat kami nanti2kan, kerana sy tau, itulah hadiah yg paling berharga buat suami sy..

For my dear sayang, Happy birthday..May all ur dreams come true

Lots of love..



Monday, August 1, 2011

Kembalinya Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah, syukur pada Yang Maha Esa kerana dipanjangkan usiaku untuk menikmati kehadiran bulan yang penuh barakah ini...masih berpeluang menjalani ibadah puasa dengan suami tercinta dan keluarga tersayang..masih mampu untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan bersahur...Terima kasih Ya Allah atas nikmat kehidupan yang Kau berikan ini..

Kumengharapkan Ramadhan...
kali
ini penuh makna...
agar
dapat kulalui dengan sempurna...

selangkah... demi selangkah...
setahun sudah pun berlalu...
masa yang pantas berlalu...
hingga tak terasa pun...
berada di bulan ramadhan..semula...

puasa... satu amalan...sebagai mana yang diperintah NYA...

moga dapat kulenturkan...
nafsu yang selalu... membelenggu diri... tiada henti henti...

tak inginku...
biarkan ramadhan... berlalu saja...

Allah pimpinlah... daku yang lemah...
mengharungi segalanya...dengan sabar...

kememohon pada tuhan...
diberikan kekuatan...
kemerayu pada tuhan... diterima amalan...

selangkah... demi selangkah...

dengan rahmatmu oh tuhanku... kutempuh jua...

Puding Roti

Nak share resepi puding roti ni dengan kawan2 utk juadah bbuka puasa nnti...Amy blm try lg, tp insyallah, akan try esok lusa...heheheh

Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!