Monday, March 28, 2011

Demi sebuah bahagia

Tak susah kalau kita nk bahagiakan diri kita, sebenarnya..kerana semua yg kita lakukan berasal dari dalam diri kita menerusi akal fikiran kita..So, tepuk dada tanya selera..
  1. Tersenyum walau dalam keadaan yang sukar
  2. Bertenang dan bersabar sekiranya hajat tak tercapai
  3. Mampu menyembunyikan perasaan kecewa atau tersinggung oleh sesuatu
  4. Tidak merasa iri hati terhadap orang lain
  5. Dapat menghadapi kebencian orang lain yang anda rasa tidak sewajarnya berlaku
  6. Dapat menerima kritikan atau salah faham orang lain tanpa memperbesarkannya
  7. Memandang jauh kehadapan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan masa depan tanpa rasa resah, bimbang & ragu
  8. Tiada rasa hasad dengki & ingin merasa lebih dari orang lain
  9. Dapat mewujudkan rasa kasih sayang atau boleh bersahabat dengan baik
  10. Setia dan patuh lah pada orang2 yang kita sayangi
  11. Lakukan lah sesuatu yang boleh buat anda suka, minat kerana ianya akan buat anda rasa bahagia...Bahagia bukannya datang dari wang ringgit, kekayaan, kemewahan tapi bahagia datangnya dari dalam hati..

No comments:

Post a Comment