Tuesday, June 21, 2011

Resepi ikan siakap masak stim


Hanya kerana en suami sy sgt suka masakan in, jadi sy post entry ni for sharing to all housewife over there..

Bahan2:

  • 1 ekor ikan siakap
  • Sos tiram secukupnya
  • 2 batang serai-dihiris nipis2
  • 5 biji cili padi-di hiris
  • 3 ulas bawang putih-di hiris
  • 1 labu bawang besar-di potong bulat2
  • 1 inci halia-di hiris
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 tangkai daun sup-di potong pendek
  • 1 biji limau nipis-ambil jus nya
  • 1 cawan air-lebihkan kalau suka kuah lebihh
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara2:

  • Bersihkan ikan, gaulkan dengan garam dan limau , perap dengan sos tiram lebih kurang 15 minit..
  • Panaskan kukusan. Dalam bekas yang sesuai masukkan ikan, kemudian taburkan semua bahan2 yang dihiris.
  • Masukkan garam, gula dan jus limau nipis, kukus lebih kurang 30 minit @ sehingga ikan masak..
  • Setelah ikan masak, angkat dan taburkan daun sup dan juga hirisan tomato...

Today encik suami shift petang, so dia balik keje nanti pukul 9.30mlm, sy nk masakkan lauk ni untuk dia....

p/s : org kata, apa pun kita masak untuk si suami, kalau dimasak dgn penuh kasih sayang, maka jadi sedap la masakan kita...so, pada encik suami sy, sok sy nk masak telur goreng kasih sayang je la....

No comments:

Post a Comment