Monday, August 15, 2011

Siapa kita tanpa keluarga..

Ramadhan telah berlalu selama 16 hari, mcm terasa baru semalam kita menyambut Ramadhan pertama...means, ada kurang dr 2 minggu lg kita berpuasa, masa.. cepat betul ia berlalu...
Hujung minggu ni pun, sy & en suami nk balik Segamat, rumah mama sy sbb nk rasa berpuasa kat sana even raya tinggal seminggu...en suami nk sgt tgk suasana felda yg penuh dengan pelita disepanjang jalan...Hopefully, tradisi pasang pelita ni masih ada kat sana...
Pasangan pengantin baru pun nk ikut balik kampung sama, naik 1 keter je la ngan sy & en suami, lebih jimat...paling tidak pun, dia kena byr duit tol je...hehehe..

Berbalik pd tajuk asal entry sy ni, sy nk tanya u guys...siapa kamu tanpa keluarga?
Jawapan sy, sy akan jadi bak layang2 terputus talinya...
Sy bersyukur pd Allah SWT sbb mengurniakan saya keluarga yg amat bahagia walaupun kdg2 sy rasa mempunyai baba disisi akan menjadikan kami lebih sempurna..tp skrg sy sedar, walaupun sy kehilangan baba, tp sy ada suami, mama, adik2, adik ipar yang sgt memerlukan antara 1 sama lain..berbanding dengan mereka2 diluar sana yg kurang bernasib baik..

Mengenali seseorang mbuatkan sy muhasabah diri, betapa saya antara mereka2 yg beruntung punya keluarga sebahagia ini berbanding dia...sy simpati terhadap dia, ibu dan ayahnya bercerai ketika dia masih kecil, adik beradiknya berpisah2 kerana sebahagiannya mengikut ayah...sy bertambah sedih bila Allah terlebih dahulu mengambil ibunya ketika dia sedang meningkat remaja..hidupnya terpaksa diteruskan dengan menumpang kasih makcik yg ada. tp, setakat mana la makcik2 nya mampu memberi kehidupan sempurna kepadanya sedangkan mereka2 ini juga punya keluarga & anak2 yg lebih perlu dikasihi...ingin menumpang kasih datuk dan nenek pula, mereka2 ini telah pergi menghadap Ilahi..

Aidil Fitri yg bakal tiba ni mmbuatkan sy bertmbh sebak bila dia sendiri tidak tahu kemana perlu dia berada ketika pg raya...adakah mahu mencari si ayah yg dia sendiri terasa kekok kerana tidak mengenali ayahnya sejak kecil..ataupun, bersama kakak2 & abg2 yg juga jarang berjumpa sejak terpisah dr kecik..ataupun menumpang kasih pd makcik2 yg masing2 beraya bersama keluarga sendiri...dia hanya rapat dengan seorang kakak, tp hanya kerana sedikit salah faham, si kakak sanggup mengenepikan si adik dan sehingga kini, tidak pernah btanya khabar berita...sampainya hati si kakak ;(

Saya tidak dpt bayangkan jika sy berada di tempatnya...

Saya redha jika dia mahu jadi sebahagian dr keluarga sy, asalkan dia terima keluarga saya seadanya..Insyallah, jodoh pertemuan itu ada ditangan-Nya..semoga Dia yang Maha Mengetahui itu memberi rahmat kepada si dia..

Last but not least, sy ingin dia tahu bahagia dan kasih sayang itu mmg hak dia walaupun dia tidak dapat rasainya setiap saat, tp yakinla ada saatnya dia pasti akan mendapatkan kebahagian yg dicari2..kasih sayang ada dimana2, bahkan ada disekelilingnya, dia tidak perlu terlalu rasa kehilangan...

p/s : sy rasa mau menages ketika mnulis entry ini, tp sy tahan sbb tak mau make-up saya rosak dek kerana air mata..hehehe






No comments:

Post a Comment