Wednesday, December 7, 2011

Ketabahan Mahsuri


Refer pada tajuk Holiday Langkawi yg lepas, amy ada pg Kota Mahsuri yg penuh dengan sejarah dan kisah lagendanya...so, amy nk cerita sedikit sebanyak info yg amy dapat disana utk dikongsi dgn blogger2 semua.

Bila bercerita tentang Mahsuri, selain kisah hidupnya yg penuh duka tu terlintas di fikiran kita, darah putih serta sumpahannya yg telah meninggalkan kesan sejarah di Langkawi adalah sesuatu yg sangat diingati. Tak kiralah di tahun mana anda lahir, namun kita semua pasti akan dimaklumkan dgn perkara² tersebut.

Mengikut Lagenda, Mahsuri merupakan seorang gadis jelita yg tiada tandingannya dan penuh dgn nilai kesopanan serta mempunyai budi pekerti yg sangat dikagumi oleh seluruh rakyat di Langkawi, namun tak kurang juga yang mencemburui kehidupannya itu. Anak kepada pasangan Pandak Maya dan Mak Andam ini telah dikahwinkan dgn seorang jejaka bernama Wan Darus yg juga merupakan anak kepada seorang wakil Sultan bernama Datuk Pekerma Jaya serta isterinya yg dikenali sbg Wan Mahura.

Kehidupan awal Mahsuri dikatakan ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Mahsuri yang sedang hamil ketika Wan Darus keluar berperang dgn tentera Siam utk mempertahankan Langkawi telah dikatakan curang dan bermukah dgn Deramang, seorang penyair kembara yang tinggal bersama Pandak Maya dan Mak Andam. Atas hasutan dan fitnah yg dibuat oleh Wan Mahura yg sememangnya iri hati dgn kemasyuran serta budi pekerti Mahsuri, Mahsuri telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya kerana menduakan suaminya serta pengajaran kepada seluruh rakyat Langkawi ketika itu. Namun Mahsuri memohon agar perintah bunuh itu dilakukan selepas beliau selamat melahirkan bayinya. Sejurus Wan Hakim (nama anak kepada Mahsuri dan Wan Darus) lahir, hukuman bunuh terhadap Mahsuri dilakukan di sebuah kawasan yg dikenali sbg Padang Matsirat dan dipertontonkan oleh suluruh rakyat Langkawi. Namun Mahsuri sempat menyatakan sumpahannya bahawa Langkawi akan dilanda musibah dan malapetaka menjadikan Langkawi seperti padang jarak padang tekukur selama 7 keturunannya kerana beliau tidak bersalah dan semua tuduhan adalah fitnah kepadanya. Keajaiban berlaku apabila darah yg mengalir dari tubuhnya selepas ditikam menggunakan keris pusaka keluarganya berwarna putih menandakan Mahsuri seorang yg teraniaya dan tidak bersalah.

Dari hari tersebut, Langkawi menjadi tidak aman dan diancam pelbagai bencana sehinggalah pada sebelum tahun 1980-an, ada yg mengatakan di Langkawi, kerbau lebih banyak berbanding manusia yg berada di sana.

Lagenda Mahsuri terus dikenang dalam pengertian pengajarannya. Kini Makam Mahsuri telah dibina begitu rupa sebagai kompleks sejarah dan budaya. Langkawi kembali makmur sebagai bandaraya pelancongan
Sekian...

2 comments:

  1. saya pernah pergi sini.. langkawi penuh dgn segala kisah......
    berminat nk tahu semua.. tp tu lah bercuti sekejap jer kan..

    ReplyDelete
  2. Alieza~hai alieza..nice to meet u;)sy br balik holiday di Langkawi, mmg sgr best..kalau bkesempatan, bercuti la lama skit kat sana sbb byk tmpt2 best yg kita blh pg

    ReplyDelete