Monday, April 18, 2011

Syukur yang tak terhingga..

Kesyukuran yang tak terhingga ini, sy panjatkan kehadrat Illahi kerana kurniaan Nya, limpahan rahmatNya dan kerana rezeki yang telah Dia berikan kepada sy dan suami sepanjang hidup ini..

"Kadang-kadang,Allah sembunyikan matahari,Allah turunkan hujan dan kilat...
kita tertanya tanya,ke mana perginya matahari...
rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi.."


Isnin yang lepas, sy dan suami dimaklumkan bahawa permohon pinjaman perumahan kerajaan yg kami mohon dah diluluskan. Suami sgt2 happy sbb sebenarnya, byk dugaan, cabaran yang menguji kesabaran yg kami hadapi utk mendapatkan rumah ni..

Firstly, rumah yg kami nk ni, sebenarnya da sold out, semua da di booking org, so..dengan hampanya kami masuk booking list, berserah je la pada Allah, kalau ada rezeki kami beli rumah ni, insyallah dapat...tu kata en suami. Masa tu, naik turun pejabat SUK Johor dan berulang alik ke Pej Pemaju Perumahan btl2 menguji kesabaran kami..Tp, kami tempuhi jugak la.

Selepas sebulan, pihak Mutiara Rini called, inform yg kami dapat rumah tu sbb ada 2 unit lg yg masih available, maybe ditolak pembeli yg da booked tu...Syukur Ya Allah, kerana segalanya mmg ketentuan Nya...kalau Dia tak mengizinkan, maka tidaklah semua ini berjalan dengan begitu mudah..

Urusan dengan pihak peguam tidaklah sesukar mana, cuma prosedur permohonan pinjaman kena difahami dgn jelas & betul..Dan lg satu, Ringgit Malaysia hendaklah disediakan untuk membayar kos2 peguam tu, lebih kurang 5k...

Sekali lg, kesabaran kami diuji bila permohonan pinjaman ditolak oleh pihak perbendaharaan kerana kami pos borang permohonan secara berasingan. untuk pinjaman bersama suami/isteri, penghantaran kena dilakukan serentak, mean..jgn guna envelope berasingan..Pihak Perbendaharaan pulang balik borang pinjaman kami tu dan menunggu borang tu patah balik amik masa seminggu jugak la...Tiap2 hari en suami menunggu kedatangan mr posman..

Bila borang yg salah tu da diterima, hari yg sama jugak la kami pos balik ke BPP sbb nk elakkan masalah2 lain yg timbul...bergegas la ke pej pos tuk buat pos laju, sampai pej pos dah pukul 4ptg, kerani pej pos tu kata diorng terima pos laju sampai pukul 4 sahaja....Aduhai...Kami pergi ke pejabat pos laju utama di larkin, sbb kat sana sampai pukul 6..

Dan akhirnya, dugaan demi dugaan da berakhir, da sekarang kami tengah tunggu panggilan dr peguam untuk sign agreement perjanjian selepas pinjaman diluluskan...Alhamdulillah...

Sy tgk en suami sgt gembira, sampai nk buat sujud syukur sbb semuanya da berakhir..sy tak dpt bayangkan kalau ada berita yg lebih gembira diterima, ntah mcm manalah kegembiraan en suami nanti...insyallah, masa tu akan sampai jugak 1 hari nanti, sy percaya...

Sy yakin yg Allah itu maha mengetahui dan maha adil dalam memberi rezeki kepada hamba2Nya..Lihatlah kami, mmg belum masanya lagi Allah memberi rezeki zuriat kepada kami, tp Allah memberi rezeki lain dan mempermudahkan segala urusan dalam perjalanan hidup kami..Tp, sy akan memohon dan terus memohon agar anugerah itu Allah kurniakan juga kepada sy dan suami...

No comments:

Post a Comment