Sunday, November 13, 2011

SENYAWA

Malam td di Astro Ria, sy tgk cerita Senyawa.. Lakonan Fauziah Gous, Riezman Khuzaimi & Dira Abu Zahar...ceritanya berkisahkan tentang pasangan suami isteri (fauziah & riezman) yang tidak mempunyai anak setelah berbelas tahun mendirikan rumah tangga. Tp diorng bahagia sehinggalah tibanya campur tangan daripada pihak keluarga..Mak si suami suruh anaknya kawin lain kerana inginkan zuriat..menyentuh hal zuriat ni, wajar x kalau sy kata itu semua urusan Yang Maha Esa..Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa dan berusaha, selebihnya diuruskan oleh Nya kerana Dia yg Maha mengetahui yg baik dan tidak untuk hambaNya

Dalam dunia ni, takde pasangan suami isteri pun yg taknak anak, kadang2 bila sesuatu tu tak menimpa kita, kita tak rasai apa yg tersurat dan tersirat sbnrnya. tp sy sgt sensitif dgn drama tu mlm td, terasa sedih bila jadi isteri yg diperlekehkan ibu mertua sampai mcm tu..pd sy, x wajar si ibu mertua mintak anaknya kawen lain.

Hal anak ni, bukan semudah bagai mbeli ikan kat pasar, arini kita nk anak, sok pg pasar, lusa da pregnant..kalaulah semudah itu, agknya da 18 org anak sy sekarang ;)

Moral of da story, tak semstinya dgn kawen lain tu pasti dpt zuriat, kalaula Allah tak izinkan ianya berlaku, takkan nk kawen lg dan lagi..
Sekian, terima kasih!

1 comment:

  1. sabar ek kak amy..ujian Allah tu menunjukkan yang Dia sayang kat kita..

    ReplyDelete