Tuesday, November 8, 2011

Dah kawen tak perlu bercinta ke?

Reader dearest,
Amy nk share some info untuk pasangan suami-isteri diluar sana dan jg utk pasangan yg bakal mendirikan rrumahtangga. Almaklumlah, musim cuti sekolah da nk bermula,so..musim org kawen pun akan menjelang..

Siang td,amy sembang2 ngan en suami,dia kata kawan dia pelik sbb en suami still sms2 me all da time, kwn dia kata "da jumpa kat umah pun nk sentiasa sms ker?"

Tak sesuai tau kawan en suami tu, maybe pd pandangan dia, bila pasangan tu da kawen,tak perlu sms,call, dating dan romantik bagai...itu salah yer,sepatutnya selepas kawen la cinta itu harus disemai dan dipupuk lebih drpd masa zaman bercinta . Harus la kan?sbb masa bercinta,byk perkara yg masih terbtas.tp bila da kawen,yg haram menjadi halal..so ape salahnya pasangan suami isteri lebih romantik dan berkasih syg lebih dr masa bercinta dl...

So..sedikit info untuk pasangan yg nk kekalkan keharmonian rumah tangga ,dalam erti kata lain,tips mengekalkan hubungan suami isteri..

1. Jangan terlalu serius dalam perhubungan

Sikap yang terlalu serius, tidak fleksibel dan terlalu mengawal boleh menimbulkan ketegangan. Relaks dan cuba nikmati setiap detik dengan lebih bermakna.

2. Elakkan terlalu mengawal perasaan pasangan anda

Ini boleh menimbulkan kebosanan dan konflik. Kepercayaan antara satu sama lain menjadi asas dalam perhubungan.

3. Jangan meletakkan kebahagian anda di tangan pasangan anda semata-mata

Menurut Abraham Lincoln, kebahagian terletak kepada cara seseorang itu berfikir. Kesilapan yang berlaku boleh menambahkan kelemahan individu. Tetapi, jika individu berfikiran positif, kehidupan akan lebih gembira dan bahagia.

4. Jangan mengharapkan pasangan memenuhi segala impian dan kehendak

Pasangan anda tidak bertanggungjawab dalam menjamin kebahagian anda. Tetapi bagi pasangan yang bahagia, mereka bersedia untuk berkongsi segalanya dan tidak memaksa untuk mencapai impian.

5. Jangan pendam perasaan

Sesetengah pasangan cuba mengelak untuk membincangkan konflik yang dihadapi. Kegagalan ini akan merumitkan lagi keadaan dan mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati selagi tidak diubati.

No comments:

Post a Comment